banner-mutm-728x90

Share This Post

Uncategorized

Kata-kata Anak Saudara Robert Kuok Ini Memberi Tamparan Kepada Kenyataan “Kau Takpelah, Anak Orang Kaya”

Kata-kata Anak Saudara Robert Kuok Ini Memberi Tamparan Kepada Kenyataan “Kau Takpelah, Anak Orang Kaya”

Anak saudara lelaki kepada Robert Kuok (lelaki terkaya Malaysia), Kuok Khoon Hong merupakan cina kelahiran Singapura dan juga merupakan seorang billionaire.

Kuok Khoon Hong merupakan lelaki terkaya #9 Singapura merupakan tauke syarikat Wilmar International Ltd yang mempunyai perniagaan minyak kelapa sawit dunia.

Anak kepada Kuok Khoon Hong, Kuok Meng Ru iaitu anak ketiganya, tidak meluangkan masa yang banyak bersamanya kerana Hong sabat sibuk dengan perniagaannya.

telegram-moshed
Bloomberg : Kuok Meng Ru

Bloomberg : Kuok Meng Ru

Meng Ru dihantar ke sekolah berasrama British pada umur 10 tahun dan kemudiannya mendapat ijazah dalam matematik dari Universiti Cambrigde.

Ibu kepada Meng Ru sentiasa meningatkan dia “Makin banyak jumlah yang diberikan, makin banyak jumlah yang akan diperolehi”.

Pada satu ketika, ayahnya memperkenal muzik Eric Clapton kepadanya yang membawa Meng Ru mempunyai obsesi dengan muzik B.B King.

Meng Ru hari ini yang menetap di Singapura, tidak memilih untuk mewarisi perniagaan ayahnya tetapimemilih untuk melompat masuk ke dalam perniagaan muzik.

Pada umur 28 tahun, Meng Ru dan rakan kongsinya, Steve Skillings sedang bekerja sama membangunkan syarikat startup mereka, BandLab, 1 komuniti yang berasaskan sistem cloud sebagai media sosial muzik.

BandLab adalah di mana komuniti di dalamnya boleh mencipta, bekerja sama dan berkongsi muzik. BandLab sekarang dibiayai oleh pelabur-pelabur persendirian termasuk ayahnya sendiri dan JamHub Corp.

Meng Ru menolak untuk memberitahu angka pelaburan yang dibiayai namun berkata syarikatnya dibiayai sepenuhnya sehingga 2019.

Matlamat BandLab pada 2019 adalah mempunyai 100 orang staf, sekali ganda daripada sekarang. Pendekatan BandLab dilihat sama dengan instagram cuma yang membezakannya adalah foto dan muzik.

Khoon Hong memberi kenyataan, “Kami tidak percaya kepada warisan. Tidak semestinya bapa kamu kaya, kamu pun akan kaya. Kamu dapat apa yang kamu usahakan, bukan kamu dapat kerana kamu seorang Kuok. Kamu layak untuk dapatkan sokongan namun hanya sekiranya kamu usaha bersungguh-sungguh dan buktikan nilai kamu”.

Jadi, jika anda bukan anak seorang tauke balak, mahupun tauke minyak kelapa sawit, percayalah, kejayaan dan kekayaan itu boleh dicapai dengan usaha yang tegar!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register