728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Trader Confessions

Kecewa Dengan Forex Trading, Lelaki Ini Memilih Untuk Bekerja Di Sebuah Franchise Makanan Terkenal

Kecewa Dengan Forex Trading, Lelaki Ini Memilih Untuk Bekerja Di Sebuah Franchise Makanan Terkenal

Nama untuk disiarkan: Silent Mode
Tajuk: Misi Peribadi

.
Saya kenalkan diri saya sebagai Silent Mode. Berumur 27 tahun berasal dari utara tanah air. Apa itu forex? Untung ke trade forex ni?

Saya mengenali dunia forex pada awal 2013. Semasa itu saya masih mengangur. Di samping “menanan anggur” di belakang rumah, saya juga menanggung hutang peribadi yang agak besar.

Masa itu saya tercari-cari kerja yang sesuai dengan diri saya. Oleh itu saya google saja. Macam-macam jenis pekerjaan yang terkeluar dekat skrin. Jual insurans, pandu kapal terbang, kerja kapal, fotografer ,freelancer dan sebagainya.

Segala mak nenek saya baca. Tapi yang paling “wow” skali adalah trade Forex. Saya baca tentang forex daripada laman web Indonesia smpai ke Amerika Syarikat. Sampai overload rasanya. Hahah.

Mana tidaknya. Guna robot saja boleh jadi kaya raya. Dalam masa 2 ke 3 hari saya download Metatrader dan buka akaun demo. Seminggu blur untuk buy dan sell saja. Kemudian saya download pelbagai merata-rata e-book dari internet. Belasan malahan puluhan semata-mata nak bagi faham.

Saya bermain-main dengan indicator dengan azam yg tinggi untuk profit. Hari-hari berangan nak jadi kaya. Macam-macam indicator dicuba untuk sesuaikan dengan diri. Rsi, Bollinger Band, Stochastic, MacD, double-triple indicator, semua dah pernah cuba.

Saya bertukar strategy atau indicator setiap 2 minggu. Hasil sentiasa negatif. Walaupun akaun demo saja,tapi hati tetap sakit juga. Berbulan cuba tapi tak penah konsisten profit. Pernah deposit ke akaun real sebanyak $30. Tapi rentung tak sampai seminggu. MC. Memang rasa tak berbaloi langsunglah.

Proses ini berjalan sekitar 6 bulan. Kecewa dengan trade, saya masuk kerja dengan KFC. Masa itu hati jadi berbelah bagi untuk terus trade atau stop terus kerana isu halal haram. Dahlah rugi, ada orang cakap haram pula. Di Google, macam-macam pendapat yang di baca. Oleh kerana berada dalam situasi berbelah bagi, saya stop terus trade.

Selang 5 bulan lepas itu saya dapat kerja baru. Oleh kerana tempat kerja jauh dari rumah, saya cari alternatif untuk cari duit lebih untuk msuk rumah sewa. Saya kembali ke dunia trading.

Sedar sistem sendiri tak boleh untung, walaupun dah guna macam-macam indicator siap modify lagi. Robotlah,itu,ini. Belum masuk guna robot EA lagi. Saya sedar yang itu semua umpama kisah hang tuah dan hang jebat. Dengar ceritanya memang hebat.

Tapi bagi diri saya memang tak ada kepastian atau berguna untuk profit. Teknik scalping atau high risk tidak sesuai dengan saya. Tapi sekurang-kurangnya indicator “wayang” ini mengajar saya untuk faham pergerakan market yang sebenarnya kita tidak boleh baca dan agak 100%. Pengalaman mengajar saya. Secara tidak langsung ia mengajar kita untuk faham pergerakan market dan mengawal emosi secara jangka panjang.

Saya perlu cuba teknik medium risk atau intraday. Atas kesedaran itu, saya sangup mengeluarkan “bayaran” untuk dapatkan ilmu yang betul. Kebetulan ada 1 wbsite ini yang kerap saya baca tentang dunia forex ada jual ebook dengan harga offer. Jadi saya order dengan wesite tersebut. Daripada ilmu yang di beli saya praktikkan sepenuhya. 4 bulan masa saya ambil untuk demo permulaan teknik dari ebok tersebut dan trade secara part time. Setiap butiran order saya tulis dalam trading journal dan diari conteng.

Bulan pertama profit 5.4% dan bulan-bulan seterusnya rugi tak sampai 3%. Itu semua saya ikut rule ebook tersebut dengan kawalan money management dan perkiraan lot yang ketat. Walau ikut rule saya tetap tak boleh positifkan profit setiap bulan. Jadi saya teliti balik trading journal dan diari contong yang telah saya tulis dari awal trading. Memang banyak skil perlu di perkemaskan. Jangka masa yang saya lalui semua ini lebih 2 tahun. Saya telah lalui segala keperitan emosi, penat, otak overload, overtrade, lot gajah, tido tak cukup, dipandang sinis kerana “main forex”.

Dengan semangat yang lebih baru saya mulakan trading plan yang baru, lebih kejap, dan tersusun berpandukan “kitab ajaib” yang telah dikarang dari awal mula trding. Sekarang saya lebih yakin untuk open position dan “let it run” saja. Selain itu, amalan tengok dulu kalendar pasaran sebelum buat analisis teknikal harian. Itu antara strategy paling “win” bagi saya.

Bagi saya kita tak perlu belajar banyak sangat indicator dalan MT4. Bazir masa sahaja. Cuma cari guru atau orang yang betul-betul buat untung dengan forex. Yang penting sabar dan mahu belajar terima kerugian. Ramai kata trade forex ini boleh kaya dengan cepat. Mana ada. Hahaha. Tipu belaka tu. Hanya masa menentukan sama ada kita give up atau teruskan

Kita perlu ambil masa untuk mahir. Sebagai motivasi diri saya sendri juga, yang penting minat+belajar+usaha yang luar biasa dan buang sifat nak cepat kaya. Belajar untuk terima kerugian. Lama-kelamaan keuntungan menghampiri anda. “Let’s to rock n roll!”

Hantar Confession anda di sini – moshed.com/hantar-confession

Share This Post

Lost Password

Register