728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Berita Lokal / Ekonomi dan Isu Semasa

Kecoh Apabila Leonardo DiCaprio Pula Dituduh Bersubahat Dalam Penyelewengan Dana 1MDB!

Kecoh Apabila Leonardo DiCaprio Pula Dituduh Bersubahat Dalam Penyelewengan Dana 1MDB!

Isu penyelewengan dana oleh syarikat 1MDB masih lagi menjadi isu hangat yang turut menjadi bualan di seluruh dunia.

Hari ini, menurut sumber Bloomberg, pelakon Hollywood nombor satu dunia, Leonard DiCaprio pula dikaitkan dengan isu ini.

Dicaprio yang menerima anugerah Gloden Globe sebelum ini menerusi filem “The Wolf of Wall Street” dikaitkan dalam isu ini apabila pihak produksi filem itu dikatakan bersubahat dengan penyelewengan dana bagi penghasilan filem tersebut.

telegram-moshed

Jabatan Kehakiman AS sedang menjalankan siasatan ke atas Red Granite Pictures yang dikatakan milik anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain filem “The Wolf of Wall Street”, syarikat produksi itu sebelum ini menerbitkan filem “Daddy’Home” pada tahun 2015, dan “Dumb and Dumber To” pada tahun 2014.

Apabila dikaitkan dengan isu ini, Swiss Rainforest Charity menuntut Dicaprio melepaskan jawatannya sebagai pembawa mesej keamanan bagi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu jika tidak mendedahkan hubungan kewangannya dengan dana kontroversi itu. Pun begitu, jurucakap PBB terus menyatakan sokongan berterusan terhadap pelakon tersebut.

Buat masa ini Leonardo DiCaprio sedang menunggu arahan dari Jabatan Kehakiman AS dan sedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan itu. Pemenang anugerah Oscar itu melalui wakilnya turut memberitahu pemberita bahawa beliau dan Yayasan Leonardo DiCaprio bersedia memulangkan apa jua sumbangan yang dikaitkan dengan syarikat 1MDB.

Jabatan Kehakiman sebelum ini mengatakan sekurang-kurangnya hampir $3.5 billion dicuri dari dana tersebut oleh orang yang rapat dengan Perdana Menteri Malaysia tersebut. Najib mencipta tabung itu sejurus selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 yang kononnya bagi menggalakkan projek-projek pembangunan ekonomi di negara Asia.

Namun begitu, dana itu terkumpul menjadi hutang sejak tahun tersebut.

Jabatan kehakiman AS juga telah memulakan tindakan bagi merampas sebanyak $1.3 billion yang dikatakn diseleweng bagi membeli asset di Amerika Syarikat, termasuk hartanah di New York dan California, jet bernilai $35 juta, hasil seni oleh Vincent Van Gogh dan Claude Monet dan pembiayaan filem “The Wolf of Wall Street”.

Selain itu, sebanyak $700 juta juga dikatakan telah mendarat ke dalam akaun individu nombor 1 Malaysia. Jabatan Kehakiman tidak menamakan individu tersebut, tetapi besar kemungkinan merujuk kepada Najib.

Najib secara konsisten telah menafikan sebarang tuduhan tentang salah laku yang berlaku terhadap dana syarikat itu. Beliau juga dikatakan meneruskan kuasa politik beliau dengan menolak semua dakwaan pengkritik.

Bagi menuntut keadilan dalam siasatan ini, kumpulan demokrasi Bersih dikatakan akan mengadakan perhimpunan jalanan secara besar-besaran pada 19 November ini.

Singapura Menarik Balik Lesen Falcon Private Bank Apabila Didakwa Bersekongkol Dengan Isu 1MDB!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register