Kedatangan Janet Yellen Turut Dinanti Logam Kuning

0 2

Harga emas didagang lebih rendah dalam sesi Asia manakala perak jatuh mendadak berikutan penelitian pelabur terhadap kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat oleh Fed.

Emas tergelincir 0.37% satu troy ounce.

Juga di Comex, silver futures bagi penghantaran September menjunam 1.86% satu troy ounce. Copper futures pula didagang stabil pada $2.171 sepound.

Ucapan dari Janet Yellen antara yang ditunggu-tunggu pada minggu ini bagi petunjuk ekonomi terkini terhadap kenaikan kadar AS seterusnya.

Menurut Fed Rate Monitor Tool, jangkaan kenaikan kadar bagi bulan September adalah sebanyak 12% dan Disember adalah kira-kira 46%.

Logam berharga ini amat sensitif terhadap pergerakan kadar AS kerana perubahan kadar akan turut memberi impak kepada emas.

PTPTN Pun Dah Sakit, Apatah Lagi Pinjaman Pendidikan Semahal Ini!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa