banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Kegembiraan Lelaki Ini Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri Dan Sadis! (Bahagian 3)

Kegembiraan Lelaki Ini Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri Dan Sadis! (Bahagian 3)

Klik sini untuk baca bahagian 1.

Klik sini untuk baca bahagian 2.

Livermore bankrup selama setahun sebelum mendapatkan semula kekayaannya. Pada umur 40, Livermore mengahwini penari Ziegfeld Follies yang berusia 22 tahun.

telegram-moshed

Bankrupsi tidak dapat dielakkan pada tahun 1915. Apa yang membantu Livermore untuk survive adalah saham yang dibeli semasa 1907.

Setahun kemudian, Livermore meraih keuntungan sebanyak $5 juta daripada saham-saham tersebut daripada pasaran bull.

Kemudian setelah bercerai dengan Nettie Jordan, Livermore akhirnya mengahwini Dorothy, merupakan seorang penari Ziegfeld Follies.

Dorothy dan Livermore mendapat cahaya mata pertama, Jesse Livermore II pada 1919 dan pada 1922, Dorothy mengandung anak kedua, Paul.

Livermore mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah mewah di Great Neck dan memberikan cek kosong kepada Dorothy untuk menghiasa rumah tersebut.

Ketika itu mereka sangat kaya, berada dalam kalangan elit dan mereka sangat gembira sebagi sebuah keluarga.

Livermore mula terkenal di media dan ramai orang membeli dan menjual saham berdasarkan tip Livermore di akhbar.

Livermore mempunyai operasi tradingnya sendiri yang meraih keuntungan sebanyak $15 juta dan 2 tahun kemudia Livermore berpindah ke pejabat yang lebih besar.

Livermore mempunyai pekerja seramai 60 orang.

Edwin Lefevre menghubungi Livermore untuk menulis ‘Reminiscence of a Stock Operator’ yang kemudiannya diterbitkan pada 1923.

Semasa penerbitan buku tersebut, tiada sesiapa yang sedar bahawa buku tersebut menulis mengenai Livermore dengan menggunakan karakter Laurie Livingston.

Buku tersebut adalah hasil daripada temuramah Livermore oleh Lefevre dan jualannya sangat laku. Pada tahun yang sama, Paul dilahirkan.

Populariti Livermore semakin meningkat di Wall Street. Pada 1925, Livermore meraih keuntungan sebanyak $10 juta dengan trade gandum dan jagung.

Pada 1925, Livermore meraih keuntungan sebanyak $10 juta dengan trade gandum dan jagung di Chicago Board of Trade – melawan trader komoditi terkenal, Arthur Cutten yang mampu memanipulasi pasaran.

2 orang perompak pecah masuk rumah Livermore dan mengancam dengan pistol.

Pada 1927, rumah Livermore dipecah masuk 2 orang perompak dan Dorothy berunding dengan perompak tersebut untuk meninggalkan sedikit barang kemas.

Dorothy juga berjaya memastikan perompak-perompak itu keluar dari rumah dengan senyap tanpa diketahui oleh anak-anak mereka.

Kegembiraan keluarga berubah diakibatkan oleh tabiat Dorothy yang pemabuk.

Black Tuesday berlaku, pasaran merudum. Livermore untung $100 juta daripada position short.

Livermore perasan yang pasaran bergerak di luar kebiasaannya dan mengambil keputusan untuk berada di pejabat selama beberapa hari untuk trade.

Khabar mengenai Black Tuesday tersebar, ramai trader yang kehilangan dan kerugian segalanya mengakibatkan Dorothy dan ibunya panik.

Pulangnya Livermore ke rumah, mereka menangis dengan kerugian yang dialami tanpa menyedari sebenarnya Livermore berjaya meraih keuntungan sebanyak $100 juta daripada Black Tuesday.

Pada 1932, tabiat pemabuk Dorothy, ditambah dengan hubungan sulit Livermore dan gaya hidup mewah, mengakhiri perkahwinan mereka.

Semasa perkahwinan mereka, Livermore mempunyai perempuan simpanan di merata tempat termasuk di Ziegfeld Follies.

Dalam masa yang sama, tabiat Dorothy seorang pemabuk juga menyebabkan hubungan mereka semakin teruk dan teruk.

Dorothy mahukan penceraian dan menerima $10 juta daripada Livermore. Dorothy juga mendapat hak penjagaan anak-anak mereka dan juga rumah.

Pada hari penceraian mereka, Dorothy mengahwini lelaki yang lebih muda, iaitu seorang bekas pegawai sahaja.

Pada usia 56, Livermore sudah berusia dan tidak lagi kaya, mengambil keputusan untuk pergi bercuti di mana Livermore bertemu dengan isteri ketiganya.

Livermore bertemu dengan seorang penyanyi, Harriet Metz di Vienna. Setelah kehilangan suami, Metz menjadi seorang janda yang kaya akibat peninggalan harta suaminya.

Livermore merancang untuk kembalik daripada percutian dan ‘comeback’ setelah pulang ke New York namun Livermore sendiri sudah kepenatan daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Dorothy mengekalkan gaya hidup mewah namun kehabisan wang. Dia menjual rumah Great Neck dan jualan tersebut sekaligus melukakan hati Livermore.

Rumah yang dilengkapi dengan tukang masak, pembantu rumah dan tukang kebun tidak mampu ditampung dengan hanya $10 juta.

Dorothy terpaksa ceraikan suami bari dan Livermore terus tenggelam dalam tekanan.

Rumah yang menjadi simbol kegembiraan keluarganya sebelum ini selama 1 dekad dijual.

Barang kemas yang dihadiahkan oleh Livermore kepada Dorothy juga dijual dan dijual dengan nilai yang sangat rendah membuatkan Livermore sangat kecewa.

Rumah yang dimiliki mereka dihias cantik dengan kos sebanyak $3.5 juta akhirnya dijual dengan harga $222,000 sahaja!

Setahun kemudian Livermore diisythihar bankrup kali ketiga.

Kali ketiga Livermore diisytihar bankrup dan dia yakin mampu membuat ‘comeback’ namun gagal.

Kali ketiga, dan era terakhirnya pada usia 60 gagal dan bertemu jalan mati.

Kisah Livermore betul-betul menyedihkan pada usianya yang sudah tidak muda akan disambung dengan lebih sadis dalam bahagian ke-empat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register