728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Artikel Umum

Kejatuhan Pasaran Terbesar Yang Pertama Dalam Sejarah Adalah Dalam Jual-beli Bunga Tulip Pada Tahun 1637?

Kejatuhan Pasaran Terbesar Yang Pertama Dalam Sejarah Adalah Dalam Jual-beli Bunga Tulip Pada Tahun 1637?

Tulipmania direkodkan sebagai kejatuhan ekonomi terbesar pertama dlm sejarah pada tahun 1637 di Belanda.

Pada masa itu bunga tulip yang baru saja popular di Belanda menyebabkan para pelabur dan spekulator membeli tulip secara besar-besaran disebabkan jangkaan kenaikan harga yang berterusan.

Harga tulip pada masa itu mencecah jumlah gaji setahun buruh mahir di Belanda.

telegram-moshed

Setelah tulip semakin popular, penanam profesional dibayar lebih tinggi dan harga meningkat dengan drastik. Pada 1634, akibat permintaan dari Perancis, spekulator mula memasuki pasaran. Tahun itu juga Belanda mencipta satu jenis pasaran niaga hadapan yang formal di mana kontrak untuk membeli tulip pada akhir musim ini telah dibeli dan dijual.

Pada 1636, bunga tulip menjadi eksport ke-4 terbesar Belanda.

 

lan-9Tulip mania mencapai kemuncaknya semasa musim sejuk tahun 1636-1637, apabila satu kontrak dilaporkan bertukar tangan sepuluh kali dalam satu hari.

Tiada penghantaran yang pernah dibuat ke atas pembeli, kerana pada bulan Februari 1637, harga tulip jatuh secara tiba-tiba dan perdagangan terus terhenti.

Hal ini disebabkan kegagalan pasaran mencipta permintaan tulip pada harga yang sangat tinggi pada masa itu.

Dipercayai, kejatuhan bermula di Harlem apabila buat pertama kalinya para spekulator tidak hadir dlm lelongan rutin yang dijalankan. Mungkin kerana Harlem pada masa itu diserang wabak taun dan spekulator tidak mahu mengambil risiko.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register