Share This Post

Forex dan Komoditi

Kejatuhan tajam AUDUSD dan Kemerdekaan Scotland,apa kaitannya?

Pasangan matawang AUDUSD telah mengalami kejatuhan lebih 100 pips sejak Isnin kerana berkait rapat dengan peristiwa pungutan suara rakyat Scotland yang mahukan keluar dari jajahan Britain. Ini adalah kerana National Australia Bank akan menghadapi pampasan kos lebih daripada $ 100 juta, bayaran hutang lapuk yang lebih tinggi, dan kelewatan memindahkan aset British jika rakyat Scotland memilih untuk kemerdekaan, kata penganalisis Credit Suisse .

Sebelum referendum Scotland minggu depan sama ada untuk kekal sebagai sebahagian daripada Britain atau tidak, pelabur mula menilai secara serius implikasi undi yang memihak kepada kemerdekaan, yang mana undian secara dalam talian baru-baru ini menunjukkan sokongan yang semakin meningkat.

Untuk NAB, undi untuk pemisahan akan memberi kesan besar kerana ia memiliki bank Clydesdale, pemberi pinjaman ketiga terbesar di Scotland
Pada hari Isnin, laporan oleh penganalisis Credit Suisse Jarrod Martin dan James Ellis berkata,perkara pertama yang perlu dilakukan jika undian memihak untuk keluar dari Britain ialah memindahkan ibu pejabat Clydesdale dari Glasgow ke London, yang dianggarkan akan menelan kos £ 62400000 ($ 107,000,000).

Scotland-Australia

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!