Kejatuhan Terburuk Wallstreet Sejak 2011, Adakah Ini Permulaan Kemelesetan Ekonomi Global?

0 1,679

Umum telah mengetahui terdapat kejatuhan yang besar dalam pasaran saham dunia pada Isnin bermula di Wallstreet. Indeks Dow Jones mengalami kejatuhan sehingga empat digit dengan S&P500 dan Nasdaq turut mengalami perkara sama.

Dengan kejatuhan di Wallstreet, Bursa Malaysia juga terkena tempiasnya, malahan semua indeks saham Asia yang dibuka pada Selasa. Itulah yang berlaku apabila terdapat kejatuhan besar di Wallstreet, ia sudah tentu mempengaruhi pasaran ekuiti Asia terutamanya Nikkei.

Penganalisis berpendapat ia hanyalah kejatuhan biasa dalam tempoh sehari walaupun ia adalah penyusutan terbesar sejak tahun 2011. Ia juga dianggap sebagai pembetulan harga (correction) iaitu pergerakan sementara menentang tren pergerakan jangka panjang.

Jika dilihat kepada indeks VIX (volatility index) iaitu indeks yang mengukur tahap ketakutan pelabur dalam pasaran, bacaan melonjak tinggi sehingga 50 mata dari hanya bacaan 11 mata minggu lalu. Ia menunjukkan pasaran semakin bimbang dengan kejatuhan mendadak Wallstreet terutamanya pada Selasa. Namun bacaan telah susut semula keapda 30 berdasarkan CBOE volatility index.

Adakah kita berhadapan dengan kemelesetan ekonomi?

Jika kita lihat kepada sejarah kejatuhan pasaran saham sebelum ini, ia bermula dengan kaunter saham ‘blue chip’. Sebenarnya kita perlu melihat kejatuhan ini dari segi ‘peratus’ untuk menentukan ia satu kejatuhan yang signifikan atau pun sebaliknya.

Dow Jones jatuh sehingga lebih daripada seribu mata pada Isnin, tetapi ia bukan lah kejatuhan terburuk seperti yang dilihat di dada-dada akhbar, kerana kejatuhan tersebut hanya mewakili 4.6% daripada keseluruhan pasaran.

Black Monday‘ pada 1987 boleh dianggap kejatuhan terburuk dengan kemerosotan 500 mata yang mewakili 22% daripada keseluruhan pasaran.

Tetapi, apa-apa saja boleh berlaku kerana tanda-tanda daripada kejatuhan besar pasaran mungkin wujud dalam keadaan yang berbeza-beza. Teruskan memerhati pergerakan indeks saham dunia, terutamanya di Wallstreet kerana biasanya kemelesetan akan bermula dari Amerika Syarikat seperti tahun 2008.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa