Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Kekuatan Logam Berharga Ini Sukar Ditandingi!

Kekuatan Logam Berharga Ini Sukar Ditandingi!

Emas melonjak naik pada Khamis apabila data perdagangan di Jepun memberi isyarat permintaan yang lemah. Minit mesyuarat FOMC terkini juga meninggalkan pasaran dengan penuh tanda tanya apabila kesemua ahli jawatankuasa mempunyai pandangan yang berbeza.

Emas di Comex meningkat 0.44% kepada $1,359.85 satu troy ounce. Sementara itu, silver futures dan copper futures juga mencatat peningkatan sebanyak 0.475 dan 0.05%.

Di Jepun, imbangan perdagangan menyaksikan lebihan sebanyak 320 juta yen bagi bulan Julai. Selain itu, data import dan eksport juga mencatat penyusutan dalam laporan terbabit.

Semalaman, mesyuarat FOMC meninggalkan pasaran dengan kekeliruan mengenai hala tuju bank pusat AS pada masa akan datang. Hal ini berikutan, ahli jawatankuasa FOMC mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza mengenai kenaikan kadar.

Pada masa yang sama, ahli jawatankuasa FOMC turut menekankan bahawa data tambahan diperlukan bagi melihat sama ada harga boleh mengukuh atau tidak selagi tidak melebihi kadar inflasi sebanyak 2%.

Perubahan kadar dana persekutuan juga bergantung kepada prospek ekonomi untuk masa akan datang.

Anda tahu negara mana yang kurang terkesan dengan Brexit? Baca artikel ini! 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register