728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Kemelut yang Melanda Terus Menolak Harga Minyak Mentah ke Paras Terendah

Kemelut yang Melanda Terus Menolak Harga Minyak Mentah ke Paras Terendah

Harga minyak hari ini bergelut ke paras terendah kerana kebanyakan pelabur menantikan data stok simpanan produk mentah dan produk tapisan terkini Amerika Syarikat.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan mingguan terhadap bekalan minyak mentah pada hari Rabu. Minyak mentah diramal mengalami penurunan sebanyak 1.4 juta tong.

Menurut penganalisis, inventori petrol pula dijangka merosot sebanyak 20,000 tong, manakala stok produk sulingan termasuk minyak pemanas dan diesel diramal jatuh sebanyak 482,000 tong.

telegram-moshed

Selepas pasaran ditutup pada hari Selasa, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan stok minyak mentah AS jatuh 1.3 juta tong pada minggu berakhir 29 Julai. API turut mengumumkan peningkatan sebanyak 539,000 tong.

Di ICE Futures Exchange, minyak Brent dilapor susut 3 sen selepas menyusut ke angka terendah dalam tempoh 3 bulan.

Prospek peningkatan eksport dari Timur Tengah dan pengeluar Afrika Utara seperti Iraq, Nigeria dan Libya menambah kebimbangan bahawa lebihan produk minyak akan mengurangkan permintaan terhadap produk tapisan.

Bekalan daripada negara OPEC juga melaporkan peningkatan menurut data perkapalan dan sumber-sumber industri.

Selain minyak mentah, US juga sedang berdepan dengan kemelut politik. Baca ulasan Team Moshed.com mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh presiden baru US demi masa depan negara itu disini.

 

 

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register