Kementerian Kewangan Malaysia Gantung Projek ECRL

0 642

Kementerian Kewangan pada Khamis mengesahkan notis penggantungan bagi semua kontrak yang berkaitan dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta dua projek perpaipan di bawah Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Dalam kenyataannya, Menteri Lim Guan Eng berkata notis penggantungan itu telah dikeluarkan pada 3 Julai melalui Kementerian Kewangan di bawah arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Arahan ini dikeluarkan oleh Perdana Menteri selepas mendapat nasihat daripada Jabatan peguam Negara.

Projek ECRL merupakan projek laluan kereta api yang dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dan Pangkalan Kubor di Kelantan yang telah diberikan kepada syarikat China iaitu Communications Constructions Company (CCCC) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun lalu.

Fasa pertama projek ECRL yang menghubungkan Gombak, Selangor dan Wakaf Bharu, Kelantan telah diluluskan oleh kabinet pada 2016, manakala fasa kedua antara Gombak dan Pelabuhan Klang, Selangor diluluskan pada 2017 oleh kerajaan BN.

Selepas menggantung projek-projek tersebut, laporan menyebut bahawa Tun Dr Mahathir dijangka akan membuat lawatan ke Beijing dalam masa terdekat. Lawatan ini berkemungkinan untuk merundingkan semula projek-projek berskala besar termasuk ECRL yang dikatakan menelan belanjawan yang begitu tinggi sehingga mencecah RM80 billion.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa