banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Kenaikan Interest Rate Akan Membantu Jepun Juga

Kenaikan Interest Rate Akan Membantu Jepun Juga

Bank of Japan sudah tidak boleh buat apa-apa lagi ke atas matawangnya, Yen dan kenaikan interest rate Amerika Syarikat oleh Federal Reserve sahaja dilihat boleh membantu ekonomi Jepun.

Semalam melihatkan Yen ke paras 100.07, paras yang terkuat Yen melawan USD dalam tempoh hampir sebulan.

Kekuatan Yen diperoleh setelah Bank of Japan mengumumkan dasar yang lain daripada sebelum ini iaitu mengekalkan bond yield kerajaan Jepun ke sekitar paras 0%. Kebanyakan bond yang dikeluarkan oleh Jepun mempunyai yield negatif.

Menurut Lee Ferridge ketua strategi makro State Street Global Markets, “Ini adalah tanda-tanda Jepun sudah tiada pilihan lain lagi ke atas dasar mereka”.

Yen terus menguat melawan US dollar secara keseluruhan tahun ini walaupun Bank of Japan sudah memotong interest rate mereka ke dalam zon negatif.

Kejutan Brexit juga telah menyebabkan matawang Yen terus menguat. Yen tahun ini kuat sebanyak 15% melawan US Dollar.

Tambah Ferrideg lagi, “Yen yang kuat akan memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat Jepun kerana ia menjadikan eksport lebih mahal dan itulah yang menjadi kerisauan Bank of Japan dan kerajaan Jepun.”.

Katanya, “Alternatif terbaik buat Jepun adalah kenaikan interest rate oleh Federal Reserve dan mungkin hanya itu sahaja jalan yang ada sekarang buat Jepun”.

Jika berlakukanya kenaikan interest rate maka US Dollar akan menguat secara drastik.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register