Share This Post

AUD/USD / EUR/USD / Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Asia

Kenaikan Mendadak Yuan telah Membenam Matawang US Dollar

Kenaikan Mendadak Yuan telah Membenam Matawang US Dollar

US Dollar menjunam ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu dalam sesi Asia pada Jumaat selepas terkesan dengan kenaikan mendadak matawang Yuan China.

Trader juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi kesan lanjutan ekoran data pekerjaan (NFP) yang akan diumumkan malam ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback berbanding matawang utama tidak banyak berubah dalam sesi ini apabila dinilai pada 101.300.

banner-belajar-forex-percuma-300x250

US Dollar terpaksa akur dengan kejatuhan hari ini seiring dengan data ekonomi AS yang dikeluarkan agak lemah dan kenaikan mendadak Yuan telah menyebabkan kebanyakan trader bertindak untuk mengambil short position terhadap matawang terbabit.

China telah bertindak untuk membendung aliran keluar modal dan menstabilkan semula matawang Yuan menjelang tarikh perlantikan rasmi Donald Trump sebagai Presiden baru Amerika Syarikat. Tindakan ini juga telah menjadikan dagangan offshore Yuan meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan berbanding US Dollar.

Memetik kenyataan Ketua Strategi FX di Jepun iaitu Shin Kadota, kenaikan mendadak Yuan merupakan punca utama US Dollar didagang melemah hari ini.

Dalam masa terdekat, China juga dilaporkan akan mengeluarkan laporan rizab pertukaran wang asing sepanjang tahun 2016 pada Sabtu depan.

US Dollar menyusut 0.2 peratus selepas jatuh 1.6 peratus hanya dalam sekelip mata.

Sementara itu, Euro didagang stabil pada $1.0608.

EUR/USD, 30 minit

Hasil Perbendaharaan di AS menurun lagi pada Khamis kerana Laporan Pekerjaan Negara ADP menunjukkan bahawa majikan swasta di AS menambah 153,000 pekerjaan bulan lalu berbanding jangkaan awal sebanyak 170,000.

Pelabur kini turut memberi tumpuan kepada laporan NFP dengan jangkaan pakar ekonomi yang meramalkan pertambahan 178,000 lagi pekerjaan pada bulan Disember.

Aussie melonjak sebanyak 0.7 semalam, manakala Kiwi menjunam kepada $0.7020.

AUD/USD, 30 minit

NZD/USD, 30 minit

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal