728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

FBS Inc / Kisah Pengasas MoshedFX

Kenapa Anda Patut Rasa Bangga Menjadi Seorang Forex Trader

Artikel berikut telah di paparkan di Laman Facebook pengasas MoshedFX.com – Ia di paparkan semula di sini untuk tatapan pembaca.
Follow MoshedFX di Instagram untuk melihat lifestyle seorang Real Forex Trader – Search @MoshedFX
————

Kadang-kadang, bila kita cakap kerjaya kita as forex trader, ada orang yang pandang sebelah mata. Kerana mereka anggap kita ni seperti berjudi, gamble dengan klik button buy and sell. Ada hari untung, ada hari rugi. Tambah2 orang yang dikaburkan dengan pelbagai skim pelaburan money game yang guna nama forex trading, lagi terus tak pandang kita.

Apabila sesuatu cara untuk dapatkan duit tu, nampak senang seperti mengadap komputer, klik-klik button buy/sell, terus orang akan anggap yang kerjaya as forex trader ni bukan satu kerjaya pun. Sebab kita tak nampak macam profesional, tambah2 yang full time forex trader ni, tak perlu bangun awal pagi, pakai kemeja lengkap tie, pergi kerja, meeting sana sini. Tak nampak pro!

telegram-moshed

Tetapi ramai yang perlu tahu, kerjaya as forex trader bukan hanya nak buat untung dan withdraw US Dollar. Lebih dari sekadar buat duit. Selain dari gaya hidup yang berlainan, kami ada ilmu yang jarang orang lain tahu dan dapat belajar di mana-mana universiti. Tak kira lah anda lepasan Master atau PHD pun, tak semestinya anda dapat tahu ilmu yang dapat berikan manfaat ini. Ya lah, nama pun pedagang matawang. Mesti dapat bagi kesan terhadap kehidupan harian yang sangat sinonim dengan wang.

Mai saya nak ceritakan sedikit, apa faedahnya jadi forex trader dan apa kelebihannya. Ni kiranya sekali lah sama ada seorang forex trader tu dia buat separuh masa atau sepenuh masa. Bila dah jadi forex trader, pasti dapat kelebihan ini.

trade-forex-untuk-hidup-malaysia

Forex trader adalah antara yang paling awal tahu akan nilai Ringgit yang merudum berbanding US Dollar. Jadi forex trader antara yang terawal dapat atur apa sahaja persediaan dan kemungkinan kesan jatuhnya ringgit ni. Mungkin forex trader ni juga seorang peniaga yang berniaga import eksport dari luar negara, iaitu selalu berurusan dalam nilai USD. Jadi dah boleh rangka plan awal, ambil barang stock banyak2, nak cover kerugian sebab Ringgit makin lemah. Mungkin juga forex trader ini, seorang yang aktif dalam bidang pelancongan, jadi dapat tackle pelancong US untuk rangka bila waktu terbaik untuk datang melancong ke Malaysia sebab Ringgit makin lemah. Atau apa-apa sahajalah, forex trader dapat ambil kesempatan sebab tahu situasi.

Ringgit lemah, kesan kepada ekonomi, forex trader dapat jangka bila nak pull out from mutual fund, pindah ke “safe heaven” yang kurang “ganas”, macam bond atau lain-lain.

Since dalam trading platform yang digunakan rata2 forex trader ada chart2 seperti Minyak dan Emas, forex trader juga antara orang yang paling update tentang isu-isu ini. Dapat jangka bila nak stock up emas fizikal lepas buat analisis untuk long term investment. Dengan market crash di China dan US Dollar yang jatuh kesan daripada ini, ramai yang mungkin berpindah ke logam kuning. Jadi forex trader tahu bila nak beli harga emas masa yang terbaik.

Forex trader tahu, ekonomi Malaysia berkait rapat dengan harga minyak mentah dunia. Jadi dengan hanya graf yang dianalisis dari platform Metatrader4 atau any platform lain, forex trader dapat jangka bila Ringgit Malaysia akan jadi lebih teruk dan dapat buat persediaan apa yang patut. Sebab kejatuhan Ringgit Malaysia, akan menjadi kejatuhan nilai dan keupayaan untuk membeli. Kuasa beli jatuh. Inflasi akan meningkat. Banyak kesan terhadap harga barang dan lain-lain.

Forex trader biasanya akan baca, berita-berita ekonomi dunia dan fundamental hasil rujukan dari website2 ekonomi dan juga mungkin rujukan dari www.moshed.com (Blog Forex No 1 di Malaysia). Jadi forex trader dapat tahu apa kesan ekonomi global kepada ekonomi Malaysia, yang juga akan berikan kesan kepada ekonomi isi rumah di Malaysia. Contoh, kejatuhan Ringgit Malaysia, dijangka akan jatuh lagi jika Federal Reserve US memutuskan untuk menaikkan Kadar Faedah (Interest Rate) pada September atau hujung 2015, mungkin RM boleh capai RM4.50 per USD. Isu minyak jatuh, politik negara, kelemahan Ringgit diibarat seperti jatuh ditimpa tangga jika semua US naikkan kadar faedah nanti. Semua ini hanya forex trader yang dapat tahu dan faham.

Forex trader juga antara orang yang paling update tentang ekonomi UK, Eropah, China, Jepun dan Amerika, kerana biasanya pasangan matawang dari negara tersebut adalah pasangan matawang yang utama yang kami trade. Jadi memang perlu update dengan segala ekonomi yang berkaitan.

Jadi siapa kata jadi forex trader ni mengarut? walaupun masih ramai yang belum berjaya, tetapi atleast forex trader ni ada ilmu yang orang lain belum tentu ada tentang ekonomi. Walaupun seorang forex trader tu kerjaya utama dia as penjual ayam, atau peniaga kereta, atau kerani pejabat, tetapi forex trader akan automatik tahu ekonomi dunia dan bagaimana untuk manfaatkan ilmu2 tersebut dalam kehidupan seharian.

Kepada semua forex trader di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore, silakan SHARE artikel ini tanpa segan silu, tag sesiapa sahaja yang anda mahu. Untuk beritahu yang forex trader ini adalah kerjaya yang profesional, dan sentiasa memberi nilai tambah yang dapat digunakan di dalam kehidupan seharian.

Kami mungkin belum berjaya sekarang, tetapi suatu hari nanti kami yakin kami pasti akan berjaya!

“We are proud to be a forex trader! ” – MoshedFX

Insurankan trading anda bersama FBS Inc – Info Lanjut Klik Sini

ms_insurance_468x60-10082015

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register