728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kenapa Anda Perlu “Rasa Bosan” dalam Forex Trading untuk Berjaya Menjadi Seorang Forex Trader yang Konsisten?

Kenapa Anda Perlu “Rasa Bosan” dalam Forex Trading untuk Berjaya Menjadi Seorang Forex Trader yang Konsisten?

Bulan sudah sampai ke penghujung, akaun untuk medium risk dan low risk bulan ini tidak berapa memberangsangkan. Jadi sejak awal minggu saya banyak fokus untuk kembangkan akaun high risk dengan gaya scalping. Selalu trade boring sahaja, tetapi kali ini agak excited sikit. Excited ini sebenarnya bahaya. Rasa “bosan” sebenarnya adalah key point untuk berjaya dalam menjadi consistent forex trader. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

Apa yang saya sedar, apabila sudah lama trading, kita akan cipta macam-macam perkara untuk mengembalikan keseronokan dalam trading. Mujur aktiviti yang saya “cipta” ini adalah untuk memaksimumkan profit dari akaun high risk. Apa-apa pun tak tahu jika tak cuba. Nampak! Saya buat alasan untuk mencipta sesuatu yang baru, sedangkan akaun high risk sebelum ini masih dalam status keuntungan dalam ratio win dan loss. Ha ha. 😀

Sebenarnya ada beza untuk “cipta yang baru, atau cuba yang baru” jika kita aplikasikan cara yang betul. Jika kita hanya ada satu akaun untuk buat side income dan baru sahaja dapat konsisten dalam masa dua tiga bulan, dan kita mula cipta perkara-perkara baru kononnya untuk untung lebih banyak, itu memang salah. Jadi kita dah stabil lama, akaun medium risk dan low risk mampu menyara kehidupan, kita boleh terus proceed kepada akaun HIGH RISK untuk kita cipta perkara-perkara baru. Bermaksud kita akan excited pada akaun HIGH RISK, dan BOSAN pada akaun Medium Risk dan Low Risk.

telegram-moshed

Untuk permulaan seorang forex trader untuk konsisten, rasa bosan adalah perkara yang bagus. Bosan menunjukkan kita lebih banyak memerhati dan lebih berhati-hati dalam trading. Scalping pada sideway yang kecil dan market yang slow juga memberikan saya kebosanan. Cuba renung sejenak, tabiat kita dalam trading. Jika kita buka lot-lot kecil, jaga Money Management, ambil untung pada kadar berhati-hati, walaupun akaun tersebut grow dan makin membesar perlahan-lahan, kita akan rasa bosan betul tak ? Oleh sebab ini ramai yang tidak fokus kepada membuat untung konsisten yang kecil, tetapi mula mencari macam-macam teknik untuk “test”, kononnya untuk untung lebih banyak. Lagi silap besar apabila test bukan pada akaun demo, tapi akaun real yang konsisten sebelum ini. Hangus lagi termasuk profit profit.

Bosan adalah bagus. Kita bukan gambler di casino untuk rasa excited teruja. Excited dan teruja berlebihan hanya memberikan kita tekanan berlebihan dalam mencapai consistency dalam trading. Itu akan menyebabkan kita asyik-asyik cek MT4 Mobile, kerja terganggu, makan sambil renung MT4, ketagih berada di hadapan chart lama-lama. Bagi yang bekerja renung MT4 sampai jam 3-4 pagi. Esok terganggu ditempat kerja. Ini bermaksud excited itu telah menyebabkan anda bermain dengan emosi sepanjang masa trading.

Jika anda trade sekarang dan rasa bosan saja sebab jaga Money Management, itu adalah petanda anda akan menjadi seorang forex trader yang berjaya secara long term. Jika anda sekarang rasa excited, hari ini untung, esok rugi, overtrade dan over leverage, itu bermaksud akaun anda akan hangus dalam masa terdekat.

Maintain kebosanan anda seperti saya yang rasa bosan dengan scalping saya semalam. Untuk kembali ke atas landasan “kebosanan yang betul dalam forex trading” anda sebenarnya perlukan satu teknik yang simple. Simple and profitable dan kawalan emosi yang tinggi. Kesemua ini anda boleh dapat dengan mempelajari teknik-teknik bonus daripada saya di dalam Pakej Ultimate Trader’s Mastery(nak dapatkannya klik sini). Dengan kebosanan yang anda dapat sekarang dalam selok belok trading forex akan memberikan anda sebuah akaun HIGH RISK yang anda boleh rasa excited dengannya. Nanti saya sambung pula bagaimana untuk bahagi emosi antara semua akaun.

Untuk low risk dan medium risk trading, saya cadangkan anda boleh gunakan broker One Financial Markets, Regulated Broker dari London. Sebab untuk low risk trading, atau medium risk memang kita kena cari sebuah broker yang kukuh dan regulated besar seperti FCA UK yang dapat jaga kita jika apa-apa terjadi. Jadi anda tenang dapat peram duit lama-lama di situ. Untuk ketahui lebih lanjut tentang One Financial Markets atau test drive, klik sini.

Ini adalah hasil “bosan” scalping dalam jangka masa agak lama menunggu sambil menulis artikel ini pada awal pagi tadi untuk dikongsikan kepada anda.

 

scalping-forex-bosan-moshedfx

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register