728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

ADS Prime / Broker Review

Kenapa Bonus Yang Ditawarkan Broker ADS Prime Berbeza Dengan Broker Lain?

Kenapa Bonus Yang Ditawarkan Broker ADS Prime Berbeza Dengan Broker Lain?

Kepada yang belum tahu ungkapan BONUS dalam forex trading, ialah BONUS yang diberikan oleh forex broker. Kebiasaannya untuk membesarkan margin.

Bonus ini kebiasaan diberi ketika deposit.

Contoh : Tawaran BONUS 50%.

telegram-moshed

Jika deposit USD1000, dalam MT4 kebiasaanya akan ada dua bahagian pada terminal.

Iaitu :-
Balance : USD1000
Credit : USD500 (iaitu 50% dari nilai deposit)

Bonus ada macam-macam jenis bonus trading. Ada yang bonus boleh trade, ada bonus yang support floating, dan ada bonus yang hanya memberikan kebolehan untuk buka position besar dan sebagainya. Anda perlu tanya broker anda dahulu, apakah jenis bonus yang ditawarkan. Jika bonus tersebut boleh trading, ia tersangatlah bagus. Tetapi ada pro and contra jugak.

Dulu saya memang suka kepada BONUS, tetapi bonus ni kebiasaannya akan mengelirukan dan menganggu emosi bagi yang baru sahaja trading. Katakan deposit USD1000, dan dapat bonus USD500 dan bonus tersebut boleh tahan floating. Untuk yang baru dalam forex, mereka kebiasaan akan “gamble” dengan berkata,”tak apa, kalau rugi USD500, baru rugi bonus.” Sebaliknya jika mereka rugi, mereka akan rugi modal mereka sendiri iaitu di bahagian “balance” dahulu. Bezanya balance boleh withdraw, dan credit tak boleh withdraw.

Oleh itu, saya pun sudah mula tak ambil bonus. Taknak anggap yang jika deposit USD5000, campur bonus 50%, kononnya saya trade USD7500. Tak boleh. Berapa modal kita, yang itulah kita kena fokus untuk kembangkan. Bonus tidak mainkan peranan.

Memang ada cara manfaatkan bonus, tetapi itu bab lain (nanti saya cerita topik lain). Jika tidak, better stay tak ambil bonus. Itu cara saya, yang saya lagi preferred. Lain orang, lain lah caranya betul tak?

Sekarang saya lebih suka pilih akaun yang ada bonus, jika kita trading. Dikreditkan broker mengikut kiraan lot trading kita, dan boleh withdraw. Ia seolah-olah broker berkongsi komisen spread dengan kita.

Contoh yang diberikan oleh broker ADS Prime. Rujuk gambar jadual di bawah.
jadual-bonus-ads-prime

Jika kita deposit USD1000, dan trade punya trade mencapai lebih 20 lot iaitu 2,000,000 Volume kita akan segera dapat ke dalam akaun USD100 yang boleh guna untuk trade ataupun withdraw. So, bonus ini adalah bonus yang boleh withdraw.

Kita kebiasaan trade, makin lama makin banyak volume. Jadi bila volume terkumpul mencapai nilai-nilai tertentu, ADS Prime akan masukkan bonus ke dalam akaun kita. Memang sangat menarik.

Dari segi reliable, broker ini memang broker yang bagus. Saya sendiri pernah jumpa wakilnya ketika saya ke IFXEXPO Hong Kong pada February yang lepas. Cuma mereka baru ingin bertapak ke Malaysia.

Bantuan mereka dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Boleh cuba semak laman web mereka dengan klik link di bawah.

Promo BONUS ini tamat pada 30 June 2016. Bonus ini ADS tawarkan sehingga ke USD10,000. Untuk maklumat lanjut boleh > ADS Prime – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register