banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Kenapa dengan Hanya Belajar Teknik, Anda Tidak Akan Dapat Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bidang Forex Trading?

Kenapa dengan Hanya Belajar Teknik, Anda Tidak Akan Dapat Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bidang Forex Trading?

Ramai yang salah cara penglibatan dalam bidang forex trading ini. Selepas itu mereka menyalahkan apa sahaja di sekeliling mereka atas alasan perkara-perkara itu lah yang menyebabkan mereka rugi dan terus rugi dalam forex trading. Sebenarnya masih ramai yang tidak faham cara yang betul untuk menguasai bidang forex trading ini. Saya juga pada awal dahulu silap.. Sebab itu saya boleh kongsikan kepada anda. Agar tidak buat silap seperti saya. Perkara yang paling terbaik adalah kesilapan, adalah bila kita dapat belajar sesuatu daripadanya.

Saya dahulu pada mulanya terlibat dalam banyak perkara yang kini saya tahu hanya membuang masa. Ramai rakan forex trader saya juga begini, apabila ditanyakan apa yang mereka silap. Tetapi hanya yang telah berjaya membuat keuntungan konsisten sahaja yang akan jawab begini. Trader yang masih kategori “pendeposit tegar” kebanyakan masih tidak tahu apa yang mereka silap, dan masih yakin dengan cara mereka. Mereka terus yakin bertahun-tahun walaupun mereka rugi. Saya tidak tahu apa yang menyedarkan mereka. Baik dari kerugian duit ataupun mungkin tekanan emosi. Jika sedar itu sesuatu yang bagus.

Ramai yang pada mula terlibat belajar forex, dikhabarkan belajar menggunakan TEKNIK TERTENTU. Walaupun masih zero dalam asas forex, tidak tahu asas teknikal dan zero langsung tentang fundamental, mereka terus kenal forex dengan belajar teknik. Teknik ni kebiasaannya melibatkan indicator-indicator tertentu. Mereka akan di ajar, ” Ok apabila price bersentuhan garisan ini, masuk sell, masuk buy “. “Apabila garisan indicator ini bersilang, masuk buy, masuk sell.” Semua hanya berpandukan begitu buta-buta tanpa faham apa itu asas-asas forex yang mereka perlu faham.

Jadi apabila mereka rasa seronok rakan mula buat duit, mereka pun deposit. Mula trading. Teknik mungkin betul, tetapi asas kawalan leverage, margin, kawalan modal tidak ada. Mereka berakhir dengan melihat baki akaun mereka lesap begitu sahaja. Tanpa patah semangat, deposit lagi modal dan mereka akan terus “berjudi” menggunakan garisan indicator pelbagai warna. Sehinggalah suatu hari mereka kerugian sangat banyak. Baru mereka akan ingin belajar perkara baru dalam forex.

Seorang akan berbeza kapasiti kebolehannya untuk trading menggunakan teknik itu kerana mungkin orang yang mencipta teknik itu adalah yang berpengalaman dalam bidang forex. Pengetahuan asas forex mantap. Jadi pertimbangannya untuk masuk BUY atau SELL menggunakan dan menggabungkan pelbagai ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Jadi beliau dapat jana keuntungan. Manakala yang diajar hanya masuk menggunakan mata fizikal dan tiada mata hati. Pengalaman pun masih kosong. Belajar satu-satu. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Mereka akan lebih buat silap apabila berpindah dari teknik ke teknik. Dari teknik A ke teknik B. Semuanya sebab kagum dengan “hype” yang dibuat oleh tenaga pengajar. Mereka mungkin salahkan ilmu lama, dan belajar ilmu baru. Berulang-ulang dan membuang masa. Sebenarnya untuk trading dan jana untung dengan konsisten perlukan ilmu yang menyeluruh dalam bidang ini. Dari teknikal, fundamental, kawalan emosi dan sebagainya perlu mantap. Ini tentulah perlu diiringi oleh pengalaman yang dapat mengajar kita semuanya. Jadi jika masih baru ingin mengenal forex, kembali kepada yang ASAS. Mantapkan perkara asas, candlestick, indicator standard dari dalam mt4 mungkin, apa asas indicator tersebut, situasi fundamental, ekonomi dan geopolitik sesebuah negara dan jangan lupa tentang kawalan emosi dan akaun. Semua dah bergabung baru meletop!

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register