728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Inspirasi

Kenapa Jutawan China Ini Cemburu Dengan Orang Yang Berpendapatan Sederhana?

Kenapa Jutawan China Ini Cemburu Dengan Orang Yang Berpendapatan Sederhana?

Sedang kebanyakan orang beranggapan bahawa kekayaan boleh membahagiakan. Namun, lelaki yang dahulunya miskin ini berfikiran sebaliknya.

Jutawan dermawan yang dahulunya seorang pensyarah ini memberi pendapat dalam satu laporan Tech In Asia mengenai nilai kekayaan yang boleh menyumbang kepada kebahagiaan seseorang.

Beliau menyatakan dalam temu bual terbabit bahawa orang yang paling gembira di China ialah individu yang berpendapatan kira-kira US$3,000 hingga US$4,500 sebulan (Baca : mengikut kos hidup di sesebuah negara). Menurut Jack Ma, individu ini dianggap cukup untuk menampung keperluan seharian.

Mereka boleh mempunyai sebuah rumah, kereta dan keluarga. Memetik kata-kata beliau lagi, tiada apa yang lebih menggembirakan daripada sebuah kehidupan yang membahagiakan.

Sebagai salah seorang jutawan di China, Ma membuktikan bahawa menjadi super-kaya tidak akan segera membawa kebahagiaan. Kata beliau lagi, sebaik sahaja kita melepasi beberapa juta, masalah akan mula datang.

Pun begitu, bagi seseorang yang belum bergelar jutawan, pasti tidak akan terlepas dari masalah untuk bertukar kepada gaya hidup jutawan.

Tambah beliau lagi, lebih banyak wang yang anda ada, ini bermakna lebih banyak perkara yang anda perlu lakukan. Jack Ma berkongsi rasa bahawa saat yang paling bahagia untuknya ialah sewaktu menjadi seorang guru, yang dibayar $12 sejam.

Semuanya terpulang kepada kita. Walau ada kekayaan berjuta-juta, ketahuilah bahawa “Duit tidak akan mampu membeli rasa bahagia, dan wang tidak akan mampu membeli segalanya”. 

3 Strategi Jack Ma, Founder Ali Baba Untuk Forex Trading. 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register