728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Kenapa Masih Perlu Kaji Forex Walaupun Hujung Minggu? Baca Tips Paling Win Ini!

Kenapa Masih Perlu Kaji Forex Walaupun Hujung Minggu? Baca Tips Paling Win Ini!

Bagaimana Manfaatkan Hujung Minggu Anda Untuk Forex Trading

Ada yang cakap. Jangan serius sangat dalam forex trading ni, sampai hujung minggu pun duk mengadap chart, tunggu market open. Sebenarnya berbeza tu.

Orang yang ketagih trade ‘gamble’, dia tak sabar tunggu market open hari Isnin sebab nak masuk order je. Tengah tunggu tu, dia bukan study pun.

telegram-moshed

Tapi trader yang betul-betul serius dan berdedikasi dalam trading pulak, hari minggu ni dia akan ambil sedikit masa. Revise balik segala trading selama seminggu, Isnin-Jumaat. Tengok balik. Buat post mortem. Cek apa yang salah. Apa yang betul. Apa situasi dan sentiment pasaran pada minggu lepas.

Beza tak? Confirm la berbeza.

Ok biasanya, hari weekend ni untuk kita berehat. Bersama-sama family. Ambil masa rehat, relax. Tetapi pada saya ada masa perlu relax. Ada masa perlu work hard.

Kalau perjalanan anda sebagai seorang forex trader ni dah selesa, ok lah nak relax. Chillax. Lepak dan rehat. Kalau asyik MC saja atau rugi saja, takkan nak rehat lagi. Weekend-weekend ni lah ambil sedikit masa fokus, cek balik market yang tak gerak tu, di mana silap anda minggu lepas sampai rugi banyak tu.

Untuk berjaya, tak ada istilah “Work Life Balance”. Yang ada hanyalah WORK HARD, dan LIFE tu dapat selepas dah penat lelah berusaha.

Tapi jangan lah sampai hujung minggu, masuk bilik, kunci pintu, abai masa bersama keluarga dan lain-lain. Pandai-pandailah atur masa agar berbaloi dengan usaha anda.

Ambil masa sedikit, paling tidak pun hari Ahad malam, untuk revise dan plan trading minggu depan.

Sebab kalau market dah gerak, Isnin baru nak plan trade dan sebagainya, takut banyak buang masa sangat analisa market. Rugi. Sebab mungkin ada analisa anda yang menunjukkan peluang pada hari Isnin. Jadi rugi tu.

Nak berjaya kena usaha la sikit. Study dan study. Betul tak? Ok, saya doakan anda berjaya! Amin!

Gambar : Tengah Kaji Chart Tepi Pantai di Heaundae Beach, South Korea

Gambar : Tengah Kaji Chart Tepi Pantai di Heaundae Beach, South Korea

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register