728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kenapa MoshedFX Show Off Profit Forex Kepada Umum?

Kenapa MoshedFX Show Off Profit Forex Kepada Umum?

Akibat daripada artikel yang saya paparkan setiap bulan di mana saya “show off” salah satu profit akaun trading saya dan prestasi trading di myfxbook, saya mendapat banyak juga positif feedback. Dan ada juga yang memberikan “feedback negative.”

Profit tu sekitar 5%-8% sahaja sebulan, tetapi mengapa MoshedFX tetap “show off”? Bukannya 1000% sebulan pun. Tak banyak pun? Hehe 😀

Trading Performance MoshedFX, Verified by Myfxbook

Trading Performance MoshedFX, Verified by Myfxbook

telegram-moshed

Ok, nak tahu kenapa?

Oleh sebab 5%-8% result sebulan ni lah, saya cuba bentuk mentaliti orang yang baru nak terlibat dalam forex trading.

Biar mereka tahu, forex trading ini dapat dalam sekitar sebulan 5%-10% sudah cukup. Dan biar mereka rasa nak lebih dari tu adalah suatu perkara yang sangat berisiko.

Biar mereka faham dan ingat, melalui forex trading, dapat buat banyak itu pun dah cukup. Setahun boleh dapat sekitar 50%-60%. Cukup. Full stop!

Sekarang terlalu banyak “negative show off” dari ramai yang terlibat dalam forex. 100% sehari. 1000% – 7000% sehari atau seminggu. Ini bukan casino. Ini bukan main tikam-tikam.

Bagaimana kalau orang baru yang nak belajar forex tengok. “Uish, boleh kaya cepat ni.” Lepas join, cuba dapatkan beratus-ratus percent. Akhirnya, rugi.

Sepanjang pengalaman saya, saya tak pernah lihat lagi forex trader yang boleh maintain consistent dalam bidang ini untuk jangka masa panjang. Maksudnya, tak pernah tengok mereka dapat biaya komitmen hidup dengan jana 100% sehari atau 1000% sehari high risk. Sebab end up, mereka biasanya akan rugi.

Kebanyakan mesti “main-main” je.

Mereka ini, kita boleh panggil “beginner luck.” Biasanya akan berakhir dengan Margin Call dan tak sempat pun nak withdraw profit tu. Seronok tayang screenshot di facebook saja.

Biasanya mentaliti “high risk trader” ni akan menghantui orang tu selama 2-3 tahun, sampailah yang dia sedar, dia dah rugi terlalu banyak. Dan dah letih “main forex”. Akhirnya mungkin quit dari bidang ini dan kecewa.

Selepas itu tuduh “forex haram” sebab kecewa dalam bidang ini.

Memang lah, orang lain “trade forex”. Jana 5%-10% sebulan.

Dia “main forex”, jana 1000% sehari, tetapi esoknya Stop Out. Rugi habis. Sebab itu lah jangan “main-main”.

Saya bukan SHOW OFF sebenarnya. Saya nak sebarkan mentaliti yang betul tentang forex ini. Web MoshedFX.com ini di baca lebih daripada 30,000 orang setiap bulan. Biar orang tahu apa itu real forex trading.

Biar mereka kenal real forex trading, dengan first impression yang betul.

MoshedFX Trading Performance - Verified by Myfxbook

MoshedFX Trading Performance – Verified by Myfxbook

Contoh utk bulan May ini, sehingga 18 May, salah satu akaun saya, yang saya paparkan link dengan MyFxbook, sudah capai 5.87%.

Tetapi walaupun kecil percentage, low risk, tetapi TIDAK MUSTAHIL untuk kaya dalam bidang ini. Hanya perlukan ilmu yang betul sahaja.

Forex ini simple sahaja. Dengan 5.87%

Modal USD1000 = Untung USD 58.70 = sekitar RM240
Modal USD10,000 = Untung USD 587 = sekitar RM2400
Modal USD50,000 = Untung USD 2,935 = sekitar RM12,000
Modal USD100,000 = Untung USD 5,870 = sekitar RM24,000
Modal USD200,000 = Untung USD 11,740 = sekitar RM48,000

Modal? Modal anda boleh gain lepas ada ilmu dan mentaliti yang betul. Nanti saya bagi tips dilain post.

Jadi dengan 5%-10% sebulan, adakah anda masih rasa mustahil untuk kaya dan survived dalam bidang ini?

Ok, dah tahu kenapa saya SHOW OFF? 😉 Saya bukan show off sebab berlagak, bangga dan sebagainya. Semuanya untuk kebaikan semua. Demi manfaat semua forex trader.

Terima kasih kerana follow saya, saya akan terus memberikan inspirasi kepada semua forex trader. Silakan SHARE jika bermanfaat. 😎

I want to inspire people. I want people to look at me and say “because of you, I didn’t give up”

P/s: Saya juga taknak jadi so called “masta forex” yang kononnya “taknak show off” profit forex atau perkara lain, sedangkan tiada apa-apa pun yang boleh di “show off” untuk inspirasikan ramai orang.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register