Share This Post

Dari Meja Founder / Terkini / Tips dan Nasihat

Kenapa News di Forex Factory Merah, Tapi Kadangkala Tiada Kesan Pun? Puncanya Confirm Buat Korang Terkejut.

Kenapa News di Forex Factory Merah, Tapi Kadangkala Tiada Kesan Pun? Puncanya Confirm Buat Korang Terkejut.

News di Forex Factory tu banyak. Kadang-kadang kita tengok news merah, tapi impak tak sebesar mana pun. Kadang-kadang tengok news warna orange, tetapi effect besar pula pada market.

Selepas kecewa sebab tak faham, ramai sudah mula abaikan news-news tersebut dan trade macam biasa ikut teknikal analisis semata-mata. Tiba-tiba tak sedar yang haritu ada news yang penting. Niat nak scalping, terus jadi floating berlayer-layer. Kecewa. Ada yang biasa jadi macam ni tak?

Ramai forex trader tak dapat nak bezakan news yang bagi impak kuat, news mana penting, news mana short term effect, news mana long term effect, news mana penggerak sentimen pasaran. Ada yang tertanya-tanya tak macam mana nak tahu news-news yang penting di forex factory tu?

Ok, sila baca sehingga habis, tips yang saya nak kongsikan ini..

Kebanyakan news-news berjadual yang penting adalah berkaitan dengan :-
-Interest Rates
-Data Pekerjaan macam unemployment claim, payroll, earning
-Ucapan dari Fed Chair, Gabenor Bank,
– Inflasi CPI
– GDP

News berjadual ini adalah economic news yang dijadualkan release pada minggu tersebut. Berbeza daripada news-news geopolitik macam pilihan raya, perang dan sebagainya.

Jadi kalau dalam minggu tersebut, terdapat news-news berikut, perlu ambil perhatian kerana ia adalah sentimen yang menggerakkan pasaran pada minggu tersebut. Kadang-kadang kita lihat, pair-pair tertentu (major pair) tak bergerak atau sideway, semuanya sebab tunggu news-news tersebut lah untuk release.

News yang paling memberikan kesan dalam pasaran adalah news yang berkaitan dengan “inflasi”. Ini sebab inflasi adalah fokus utama bank-bank pusat yang hendak menaikkan kadar faedah (Interest Rate). Jadi news-news yang menyumbang kepada kenaikan dan penurunan inflasi macam data pekerjaan, data gaji, jobless akan beri kesan yang lebih kuat berbanding news Manufacturing, GDP dan sebagainya.

Untuk Euro, haa yang ni peminat EUR perlu ambil perhatian. News-news data daripada Negara German yang paling kuat untuk bagi effect pergerakan EUR. Kerana dalam Euro, buat masa ini pemegang terbesar pengaruh dalam ekonomi Eropah adalah German. Jadi kalau news-news German dijadualkan ada pada minggu tersebut, jangan abaikan.

Satu lagi tips, jika apa-apa data bakal release pada minggu tersebut, anda perlu banyak membaca apa yang diulas oleh di Moshed.com – semua sudah diulas dengan padat dan up to date bila dah dekat nak sampai hari news itu diumumkan.

Semua artikel di Moshed.com sebenarnya anda akan lebih mudah faham dan boleh guna maklumat ini untuk trading dengan mudah jika anda sudah habis baca Buku Analisis Fundamental Untuk Forex Trader.

Untuk yang asyik tanya pulak, kenapa result news hijau tapi price tak gerak dan sebagainya? Ok sambung baca di bawah!

Katakan news tersebut Actual > Forecast = Good for currency.

Katakan previous data 50. Forecast data bernilai 60. Dan news tersebut bakal release hari Rabu. Awal-awal minggu, anda sudah nampak strong lain macam pada currency berkenaan. Ini bermakna, trader sedang react pada data forecast, mereka bertindak atas data forecast(ramalan).

Tiba-tiba release data ialah bernilai 61. Jadi nilai tersebut lebih kurang dengan forecast, dan sudah ramai trader memang sudah jangka dan react terhadap data pada awal minggu lagi. Ini akan akibatkan tiada jangkaan baru. Trader tak suprise pun. Jadi walaupun warna data keluar pada Forex Factory adalah HIJAU, tetapi trader tak suprise.

Akibatnya, mungkin ada big trader mula menjual balik pegangan dalam currency tersebut sebab tak suprise dengan data yang keluar yang tak gah sangat. Jadi akan akibatkan currency tersebut melemah dengan cepat. Jadi anda perlu sentiasa perhatikan reaksi trader pada awal minggu tersebut.

Inilah sebab anda lihat, kenapa news HIJAU, tetapi currency tersebut lemah pulak. Hairan ni. Ini lah jawapannya.

Masih keliru atau kurang faham? Jangan pening kepala, gusar atau gundah gulana. Di Moshed.com sudah disediakan ulasan kalendar ekonomi pada minggu sebelumnya dan akan datang setiap Ahad atau Isnin. Jadi jangan lupa untuk cek artikel-artikel ini pada setiap hari Ahad/Isnin ya.

Di samping itu, ada kategori Berita Kalendar Ekonomi yang mengulas apa-apa news yang penting dan perlu diambil perhatian pada minggu tersebut. Team Moshed ulas tentang sentimen pasaran yang bakal diberi perhatian sepanjang minggu tersebut. Jadi dari sini, anda boleh semak dan buat bacaan lebih lanjut tentang news apa yang penting, apa yang tidak.

Semua ditulis dalam gaya bahasa senang mudah faham. Bahasa Melayu. Jadi tak perlu pening-pening. Saya cadangkan jika anda mula berjinak-jinak belajar tentang news, boleh mula baca satu persatu ulasan setiap minggu dan juga artikel harian dan bermula dari sana.

Sekian perkongsian daripada saya.

Klik SHARE di facebook, agar ilmu-ilmu forex ini segera dihebahkan kerana komuniti trader kita sekarang dahagakan ilmu-ilmu yang berkualiti. Kita cuba yang terbaik untuk meningkatkan professionalism dalam diri semua forex trader.

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!