Kenapa Pasaran Forex Bergerak Tak-Menentu Sepanjang Minggu Lalu?

0 635

US dollar didagangkan tidak menentu sepanjang minggu lalu sehingga membuat pergerakan volatile berbanding matawang-matawang utama yang lain. Sememangnya ia adalah minggu yang begitu sibuk kepada pasaran dengan banyaknya data-data ekonomi penting yang dikeluarkan termasuk NFP pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, ada banyak isu yang tidak terduga timbul iaitu perletakan jawatan Gary Cohn dan laporan bahawa Korea Utara bersedia menamatkan program nuklearnya. Minggu ini saja sentimen berubah dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan naik-turun matawang Yen dan USD. Dalam masa yang sama isu-isu ini juga menyebabkan volatility kepada US dolar.

Awal minggu ini US dollar agak tertekan disebabkan oleh kebimbangan terhadap tariff A.S. dan ‘perang perdagangan’ di mana jelas dilihat USD melemah berbanding matawang Euro, GBP, Aussie dan Kiwi. Hal ini menyebabkan pelabur menjual USD dan beralih ke matawang-matawang utama yang lain.

Negara yang banyak terkesan oleh polisi tariff A.S. ini adalah Kanada kerana jumlah eksport yang besar ke negara jirannya Amerika. Dolar Kanada (CAD) jatuh mendadak pada Isnin lalu disebabkan kebimbangan terhadap perkara ini. Pada Selasa lalu, CAD menguat semula apabila Trump menawarkan pengecualian kepada Kanada dengan syarat mereka mempersetujui perjanjian NAFTA yang baru. Rabu pula, CAD melemah semula pada pukul 6 pagi waktu Malaysia apabila Gary Cohn dikhabarkan meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi Trump. Ia dilihat satu perkara negatif kepada CAD kerana Cohn cuba menghalang tariff dikenakan kepada negara-negara luar terhadap import keluli dan aluminium. Namun, sentimen menjadi semakin baik kepada Kanada pada hari sama dalam lewat sesi dagangan apabila CAD menguat semula kerana potensi pengecualian cukai tersebut.

Pergerakan menaik pair EUR/USD pada awal minggu lebih banyak dipengaruhi oleh kelemahan USD sehinggalah mesyuarat ECB pada Khamis menyebabkan junaman oleh matawang Euro kerana komen dovish Mario Draghi dalam sidang media pada Khamis lalu.

Pengukuhan matawang US dollar terhadap Yen sejak daripada Rabu banyak disumbangkan oleh laporan bahawa Korea Utara sedia berunding. Laporan terbaru menunjukkan pertemuan antara Presiden Trump dan Kim Jong Un sedang dirancang oleh kedua-dua pihak.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

26 Feb-02 Mac 05 -09 Mac
Eur/Usd- Volatile 200 pip Eur/Usd – Volatile 177 pip
Usd/Jpy – Jatuh 242 pip Usd/Jpy – Naik 170 pip
Gbp/Usd– Jatuh 359 pip Gbp/Usd – Naik 164 pip
Usd/Chf- Volatile 165 pip Usd/Chf – Naik 189 pip
Usd/Cad– Naik 300 pip Usd/Cad – Jatuh 191 pip
Aud/Usd– Jatuh 181 pip Aud/Usd – Naik 129 pip
Nzd/Usd– Jatuh 159 pip Nzd/Usd – Naik 108 pip

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Indeks PMI sektor perkhidmatan UK (Isnin)

Sektor perkhidmatan UK semakin baik bulan lalu dengan bacaan indeks meningkat kepada 54.5 daripada 53 sebelum ini dan melebihi jangkaan 53.3. Data ini penting kepada UK kerana sektor perkhidmatan adalah sektor terpenting yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi United Kingdom.

  • Indeks PMI sektor bukan pembuatan A.S. (Isnin)

Sektor bukan pembuatan atau perkhidmatan di Amerika juga adalah sektor ekonomi penting lebih daripada sektor pembuatan. Indeks ini merekodkan bacaan positif 59.5 lebih daripada jangkaan 58.9.

  • Data jualan runcit Australia (Selasa)

Jualan runcit di Australia hanya mencatat kenaikan 0.1% berbanding jangkaan pasaran 0.4%. Ini adalah bacaan bagi bulan Januari yang penting dilihat kerana ia menggambarkan tahap pembelian masyarakat atau permintaan di Australia.

  • Penetapan polisi monetari Australia (Selasa)

Bank pusat Australia (RBA) Selasa lalu mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dengan memberikan nada yang kurang meyakinkan terhadap kebolehan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan 3% atau lebih pada tahun ini. RBA juga menunjukkan isyarat akan mengekalkan kadar faedah beberapa bulan akan datang.

  • Indeks harga GDT New Zealand (Selasa)

Indeks harga GDT adalah indeks harga tenusu yang penting dilihat kerana sumbangan besar sektor tenusu kepada New Zealand. Indeks ini merosot -0.6% lebih banyak berbanding kemerosotan yang dicatat sebelum ini iaitu sebanyak -0.5%.

  • Data pertumbuhan ekonomi Australia (Rabu)

Ekonomi Australia berkembang pada kadar perlahan berbanding jangkaan pada suku tahun keempat 2017. GDP hanya mencatat kenaikan 0.4% berbanding jangkaan 0.5%. Bacaan ini juga rendah berbanding bacaan sebelum ini yang mencatat kenaikan 0.7%.

  • Data ADP-NFP (Rabu)

Jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat meningkat sehingga 235,000 pada bulan lalu jauh melebihi jangkaan pasaran sebanyak 199,000. Ini menunjukkan prestasi yang begitu kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

  • Penetapan polisi monetari Kanada (Rabu)

Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedahnya seperti yang dijangka oleh pasaran. Bank of Canada (BoC) mengatakan pertumbuhan ekonomi global kekal kukuh dengan pemotongan cukai dari kerajaan baru AS memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, polisi perdagangan Amerika adalah sumber ketidakpastian (uncertainty) kepada ekonomi Kanada.

  • Imbangan perdagangan Australia (Khamis)

Imbangan perdagangan (trade balance) Australia pada Januari mencatat bacaan positif dengan bacaan pada Disember dikaji semula menjadi lebih baik. Imbangan dagangan adalah data eskport tolak import.

  • Imbangan perdagangan China (Khamis)

Imbangan dagangan China juga mencatat bacaan yang positif sekaligus memberi kesan positif kepada Aussie. Data perdagangan positif dari China memberi kesan positif kepada Australia kerana China adalah rakan dagang terbesar Australia.

  • Penetapan polisi monetari ECB (Khamis)

Matawang Euro membuat kenaikan selepas kenyataan awal polisi dikeluarkan pada pukul 8.45 malam pada Khamis lalu. Sememangnya kenyataan yang dikeluarkan adalah hawkish kerana ayat dovish dalam kenyataan bulan Januari telah dibuang dalam kenyataan polisi kali ini.

Walaupun dalam kenyataan awal ECB agak hawkish, tetapi Draghi dilihat lebih dovish sepanjang sidang medianya pada Khamis.

Apa yang menyebabkan kejatuhan kepada matawang Euro adalah komen Draghi terhadap inflasi yang masih terhalang untuk naik. Unjuran inflasi untuk tahun 2019 juga diturunkan kepada 1.4% dari 1.5% sebelum ini. Walaubagaimanapun, unjuran inflasi bagi tahun 2018 dan 2020 kekal. Penurunan unjuran inflasi 2019 dianggap mengurangkan potensi lanjutan pengetatan polisi monetari ECB di masa hadapan.

  • Data pengeluaran pembuatan UK (Jumaat)

Data pengeluaran pembuatan UK hanya mencatat kenaikan 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.2%. Data ini adalah data bagi bulan Januari di mana pengeluaran sektor pembuatan mewakili 80% daripada keseluruhan pengeluaran industri di UK.

  • Data pekerjaan Kanada (Jumaat)

Jumlah pekerjaan yang bertambah (15,400) ke dalam ekonomi Kanada kurang daripada jangkaan 21,300. Kadar pengangguran pula semakin berkurangan daripada 5.9% kepada 5.8%.

  • Data pekerjaan Amerika Syarikat (Jumaat)

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat yang terbaru menunjukkan lebih banyak pekerjaan yang bertambah ke dalam ekonomi pada Februari. Kadar pengangguran tidak berubah dan kekal di paras terbaik 4.1% tetapi lebih tinggi daripada jangkaan 4.0%. Manakala data gaji meleset daripada jangkaan.

Pekerjaan bertambah sebanyak 313,000 bulan lalu berbanding 239,000 dicatat sebelum ini. Data bulan sebelum ini yang mencatat 261,000 telah dikaji semula kepada 239,000. Walaubagaimanapun, bacaan jauh melebihi jangkaan pasaran 205,000.

Kadar pengangguran kekal di paras 4.1% sejajar dengan jangkaan pasaran menunjukkan pasaran buruh yang kekal baik.

Average hourly earnings pula hanya meningkat 0.1% kurang daripada jangkaan 0.2%, yang juga kurang daripada kenaikan 0.3% sebelum ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa