Kenapa Pound Jatuh 150 pips dalam masa 15 minit? Ekonomi UK berdepan kerisauan?

0 13

Berita kurang menyenangkan bagi Pound pada ketika artikel ini ditulis 11.15pm (khamis 30 Jun). Ucapan Mark Carney iaitu Gabenor Bank of England (BOE) telah menyebabkan Pound susut lebih kurang 150 pips ketika berita ini ditulis.

Pound berbanding US dollar jatuh hampir 150 pips hanya dalam 10 minit ketika Carney berucap.

Jelas daripada ucapan Mark Carney menunjukkan jangkaan ekonomi kehadapan bagi UK sangat menyukarkan.

Antara isi ucapan beliau adalah BOE kemungkinan tidak dapat “cover” kejutan ekonomi daripada tindakan ingin keluar daripada Kesatuan Eropah.

Beliau juga mencadangkan pelonggaran dasar ekonomi (QE) iaitu supply lebih banyak “duit baru” ke dalam pasaran dan kemungkinan untuk memotong kadar faedah (interest rate).

“Cable” jatuh dari 1.3425 ke paras terendah sekarang iaitu 1.3240, hampir 180 pips reaksi dari ucapan Mark Carney.

;poundTerlebih dahulu pada jam 8.30 pm tadi, data pekerjaan “Unemployment Claim” keluar tidak memberangsangkan, namun ia tidak menyekat Pound dari jatuh ketika ucapan Mark Carney berlangsung.

Kerisauan nampak jelas dalam ucapan tersebut.

Baca tips selanjutnya : Trade forex ibarat sniper handal!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa