banner-mutm-728x90

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Asia / USD/JPY

Kenyataan Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso Melemahkan Pergerakan Yen

Kenyataan Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso Melemahkan Pergerakan Yen

Aussie melemah sejurus selepas pengumuman data kelulusan perdagangan dan bangunan. Nasib yang sama buat matawang yen apabila turut dinilai lemah pada sesi ini menurut komen Menteri Kewangan Jepun.

AUD/USD didagang menurun 0.01%, manakala USD/JPY dikatakan meningkat 0.24% selepas yen dinilai lemah.

AUD/USD, 15 minit

AUD/USD, 15 minit

USD/JPY, 15 minit

USD/JPY, 15 minit

 

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata, kadar pertukaran menunjukkan “pergerakan ekstrim” dan dia sedang meneliti pergerakan matawang ini. Disamping itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga telah meluluskan jumlah yang besar bagi rangsangan fiskal bagi meningkatkan ekonomi Jepun.

Aso berkata demikian selepas mesyuarat kabinet setelah menyaksikan peningkatan terhadap yen sejak minggu lepas.

Di Australia, data kelulusan bangunan dilaporkan merosot. Imbangan dagangan (trade balance) juga dilaporkan meningkat kepada defisit sebanyak A$3.195 billion.

Kemudiannya di New Zealand, jangkaan inflasi dikeluarkan dengan angka terdahulu 1.6%. NZD/USD bergerak flat pada 0.7172.

NZD/USD, 15 minit

NZD/USD, 15 minit

Selain itu, US Dollar Index juga mencatatkan peningkatan dalam sesi ini.

Semalaman, Dollar mencatat keuntungan berbanding matawang lain. Institut Pengurusan Bekalan berkata, Indeks aktiviti pembuatan bulan Julai menurun berbanding sebelumnya. US Dollar juga pulih dari kerugian mendadak selepas BoJ meluluskan langkah-langkah rangsangan yang bersifat sederhana pada Jumaat lalu.

Namun begitu, sentimen US Dollar itu kekal rapuh setelah bacaan suku ke-2 KDNK Amerika Syarikat hanya 1.2% berbanding jangkaan awal, 2.6%.

Anda loss hari ini? Artikel ini mungkin akan dapat menenangkan diri. Salam selasa yang lebih ceria!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register