Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Terkini

Kenyataan Rasmi Polisi Monetari Oleh Bank of Canada

Kenyataan Rasmi Polisi Monetari Oleh Bank of Canada

Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedah di paras satu peratus dalam pengumuman yang dibuat pukul 11 malam pada Rabu. Berikut adalah kenyataan polisi oleh bank pusat.

Ekonomi global membangun secara beransur-ansur seperti jangkaan Laporan Polisi Monetari (Monetary Policy Report, MPR) pada Oktober. Di Amerika Syarikat, pertumbuhan pada suku ketiga melebihi ramalan tetapi masih dijangka merekod pertumbuhan sederhana beberapa bulan akan datang. Pertumbuhan semakin kukuh di negara maju. Harga minyak mentah pula telah naik lebih tinggi dan keadaan kewangan semakin baik. Prospek ekonomi dunia masih tidak menentu dengan perkembangan geopolitik dan polisi perdagangan.

Data terkini Kanada sejajar dengan jangkaan pada Oktober di mana pertumbuhan bergerak sederhana tetapi masih kekal di atas potensi pada separuh kedua 2017. Pertumbuhan pekerjaan adalah kukuh dan gaji menunjukkan peningkatan, yang disokong oleh perbelanjaan pengguna yang mampan pada suku ketiga. Pelaburan perniagaan terus menyumbang kepada pertumbuhan pada separuh pertama dan perbelanjaan awam infrastruktur turut terbukti menyumbang pertumbuhan. Namun, eksport kini jatuh lebih daripada jangkaan pada suku ketiga. Walaubagaimanapun, data perdagangan terbaru menyokong unjuran MPR di mana pertumbuhan eksport akan berterusan disokong permintaan asing yang semakin kukuh. Sektor perumahan pula terus bergerak sederhana seperti jangkaan.

Inflasi sedikit tinggi daripada jangkaan dan akan terus dilonjakkan dalam jangka pendek oleh faktor sementara seperti harga gasolin. Petunjuk inflasi-teras telah mengukuh sejak beberapa bulan lalu, berikutan masalah kecil ekonomi yang terus diserap. Kajian semula terhadap akaun suku-tahunan negara yang lepas menunjukkan paras pertumbuhan yang tinggi. Walaubagaimanapun, ini tidak akan memberi implikasi yang signifikan kepada ‘output-gap‘ kerana kajian semula turut menunjukkan jumlah potensi pengeluaran yang tinggi. Walaupun dengan pekerjaan dan kadar penyertaan yang meningkat, petunjuk lain menunjukkan masih lagi terdapat masalah kecil (slack) dalam pasaran buruh.

Berdasarkan jangkaan terhadap inflasi dan evolusi risiko dan ketidaktentuan yang dikenalpasti pada MPR Oktober, Governing Council berpendapat pendirian semasa monetari adalah bersesuaian. Dengan kadar faedah lebih tinggi adalah perlu di masa akan datang, Governing Council akan terus berhati-hati, dipandu oleh data-data ekonomi akan datang dalam menilai sensitiviti ekonomi terhadap kadar faedah, evolusi kapasiti ekonomi dan dinamika pertumbuhan gaji serta inflasi.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!