728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Kenyataan yang Boleh Membuatkan Pelabur Emas Tersenyum

Kenyataan yang Boleh Membuatkan Pelabur Emas Tersenyum

Emas menyusut pada hari Selasa akibat fokus pelabur hanya bertumpu kepada semakan kadar interest rate oleh Fed Rabu ini.

Di bahagian Comex New York Merchantile Exchange, emas untuk penghantaran hari Disember menurun 0.20% kepada $1,324.70 satu troy ounce.

Silver futures untuk penghantaran bulan September juga menyusut 0.39%, sementara copper futures bagi penghantaran September menurun 0.09%.

telegram-moshed

Semalaman, emas susut dalam dagangan berhati-hati hari Isnin, kerana peserta pasaran memandang serius kepada menyuarat 2 hari yang bakal diadakan di Washington DC itu.

Hal ini kerana, sebarang kenaikan kadar oleh FOMC tahun ini bakal menurunkan lagi harga emas. Prestasi bertahan perlu dikekalkan kerana emas sentiasa bergelut dengan pelbagai aset lain bagi pulangan yang tinggi. Di tempat lain, emas masih disoong sebagai asset yang selamat pegawai terkemuka G20 masih menyuarakan kebimbangan terhadap kekuatan eknomi global. Beliau berkata demikian pada persidangan di Chengdu, China hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, emas masih naik lebih 5% sejak Brexit pada 24 Jun lalu, walaupun pasaran saham global berlegar berhampiran paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan.

“Kami menguatkan tekad untuk menggunakan semua alat dasar- kewangan, fiskal dan struktur-untuk mencapai matlamat menuju pertumbuhan ekonomi yang kukuh, mampan, seimbang dan induksif,” kata pemimpin-pemimpin tersebut dalam satu kenyataan bersama.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register