728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Kenyataan yang Suram Buat Matawang Yen Apabila Mencatat Nilai Paling Buruk Sepanjang 6 Minggu

Kenyataan yang Suram Buat Matawang Yen Apabila Mencatat Nilai Paling Buruk Sepanjang 6 Minggu

Dollar mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 6 minggu berbanding yen pada Khamis, konsisten dengan laporan dua kali ganda daripada jangkaan awal Tokyo. Kenaikan ini juga menguatkan ura-ura pelonggaran dasar oleh BoJ minggu depan.

Selepas menjunam ke bawah paras $1.10 pada Rabu, Euro kembali pulih dan diniagakan sekitar 1/4% lebih tinggi. Perkara ini berlaku disebabkan mesyuarat ECB dilihat seolah-olah yakin tidak akan ada pelonggaran baru yang akan melemahkan mana-mana mata wang.

Dari skop yang lebih luas, dollar diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang lain, didorong sentimen pertambahan interest rate di US sebelum akhir tahun ini.

telegram-moshed

Nilai Euro bergerak sekitar $1.10 sehingga $1.12, dan lebih fokus kepada petukaran Dollar-Yen.

“Pasaran menjangkakan suatu pelonggaran dasar dari BoJ minggu depan, sekali gus memberi impak kepada yen,” kata Dominic Bunning, currency strategist HSBC di London.

“Harga Fed juga telah berubah kira-kira 10% bagi kenaikan tahun ini kepada hampir 50% selepas Brexit. Ia juga bakal memberi impak dua kali ganda kepada Dollar-Yen.”

Proses pemulihan risiko appetite dan spekulasi M&A yang berkaitan dengan matawang yen juga meninggalkan kesan buat yen sejak kebanyakan pelabur melarikan diri ke keselamatan tradisional Jepun selepas undian Brexit.

Keuntungan yang diperolehi melalui ekuiti Jepun ini disokong oleh media yang melaporkan bahawa kerjaan Jepun sedang mempertimbangkan pakej ransangan JPY sebanyak 20 trillion.

Dollar meningkat setinggi ¥ 107.49 iaitu paras paling tinggi sejak 7 Jun. Angka ini kali terakhir dicatat pada ¥ 106.82, naik sebanyak 0.1% pada hari tersebut.

Terlebih dahulu, Dollar mengambil nafas pada linkungan ¥ 107.72 menggunakan analisis teknikal harian, awan Ichimoku.

“Kami berpendapat bahawa pasaran dilihat terlalu optimistik dalam menentukan langkah-langkah berani dari BoJ,” kata Lee Hardman, currency economist di Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ, London.

“Jika melihat kepada ransangan fiscal yang dirangka semalaman, fokus lebih diberikan terhadap jumlah ransangan sebenar fiskal berbanding perbelanjaan kerajaan.”

Sementara itu, Euro meningkat 0.1% berbanding Yen kepada nilai ¥ 117.90. Berbanding Dollar, Euro turut meningkat sebanyak 0.2% kepada $1.1030.

Kejatuhan terbesar dicatat oleh NZD yang merosot sebanyak 0.6% kepada $0.6986, setelah mencapai paras terendah selama 6 minggu ($0.6952).

RBNZ seperti diramal bakal mengemaskini polisi, lanjutan dari pemotongan interest rate. Hal ini akan mengukuhkan jangkaan pelonggaran dasar pada mesyuarat yang bakal diadakan 11 Ogos nanti.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register