Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kepada Semua Forex Trader, Dah Ready ke Nak Masuk Tahun 2015 ?

Kepada Semua Forex Trader, Dah Ready ke Nak Masuk Tahun 2015 ?

moshedfx-success-forex-trading

Sedar tak sedar dah Hujung Tahun 2014. Ramai yang akan kata begitu, tetapi tidak bagi Forex Trader. Sebab forex trader ni akan sedar hujung tahun apabila ada Cuti Krismas dan New Year, waktu di mana Forex Broker pun cuti. Tak dapat nak trade. Jadi ramai forex trader yang SEDAR waktu hujung tahun ini.

Cuma ramai forex trader mungkin tidak sedar untuk analisa balik performance kita pada hujung tahun ini. Kesempatan cuti-cuti hujung tahun bersama semangat azam nak masuk tahun baru inilah biasanya akan digunakan saya untuk tengok balik, kemajuan dan kelemahan dalam forex trading. Ingat balik tahun 2013 atau awal permulaan trading jika anda masih belum capai setahun. Adakah masih sama, ataupun sudah ada kemajuan pada hujung tahun ini? Adakah kesalahan sudah diperbetulkan?

Mungkin kita boleh tanya diri sendiri dengan soalan-soalan berikut untuk analisa diri kita. Anda perlu tulis dan jawab dengan jujur. Jika boleh print dan lekat di dinding anda sebagai rujukan. Ia adalah sedikit homework untuk anda! Paling penting perlu JUJUR kepada diri sendiri.

1. Adakah anda sudah berpuas hati dengan performance trading anda tahun 2014? Ya atau tidak?
2. Adakah anda mempunyai trading strategi ataupun hanya trade seperti berjudi?
3. Adakah anda mempunyai kelemahan dalam trading strategy anda? Ya atau tidak?
4. Adakah anda mempunyai cara untuk memperbaiki kelemahan trading strategi anda tersebut? Kalau ada bagaimana?
5. Berapa banyak kali anda cuba ubah/ganggu trading strategi anda akibat emosi?
6. Berapa banyak kali selepas ubah atau mengganggu trading strategi anda tetapkan itu mengakibatkan kerugian teruk?
7. Adakah anda akan mengulangi kesilapan tersebut pada TAHUN 2015?
8. SAYA AKAN BERJAYA DALAM FOREX TRADING TAHUN 2015 (Tulis perkataan ini dalam HURUF BESAR dan Size Perkataan PALING BESAR!)

List soalan ini akan menjadi titik tolak untuk anda TIDAK melakukan kesalahan yang sama pada tahun 2015.

Forex trading memang adalah bidang yang mencabar. Tak semua orang boleh buat jika tidak mempunyai semangat jitu. Cuma kadang-kadang semangat sahaja tidak cukup. Kita perlu analisa diri kita balik dan sentiasa berlaku jujur pada diri sendiri. Jujur bermakna akui kelemahan diri dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Ramai lepas baca nasihat-nasihat motivasi ataupun nasihat tentang forex, hanya angguk kepala mengakuinya. Angguk kepala sahaja tidak cukup untuk merubah pendapatan kita menjadi konsisten melalui forex trading setiap bulan, kita harus bertindak.

Kadang kala yang menyekat kejayaan kita untuk mendapatkan keuntungan konsisten dalam forex adalah dengan mudah menyalahkan orang lain dalam kerugian kita dalam forex. Salahkan market, salahkan broker, salahkan tips trading dari rakan, salahkan cikgu forex, salahkan orang sana dan orang sini, tetapi jika kita sedar, diri kita yang perlu disalahkan kerana rugi dalam forex trading.

moshedfx-success-forex-trading-02

CABARAN FOREX TRADER 2015

Jangan jadi trader ikut-ikutan. Sila kaji dengan dalam tentang forex trading, baik dari cara analisa teknikal atau fundamental.

Di blog ini saya sudah bertungkus lumus cuba berkongsi Analisa Fundamental dan Magic Line dengan anda setiap hari secara PERCUMA dan ramai yang telah berjaya mengubah cara mereka analisa market dan result trading lebih menguntungkan daripada sebelum ini. Analisa lebih tepat dan kefahaman lebih tinggi. Adakah anda mengambil apa-apa manfaat dari perkongsian saya setiap hari? Jika tidak, masih belum terlambat untuk anda.

Sanggup terima CABARAN SAYA UNTUK MEMPERBAIKI RESULT TRADING FOREX ANDA!

Saya sediakan di sini Cabaran 21 Hari MoshedFX.com.

Cabaran ini memerlukan anda untuk cuba baca Analisa Fundamental di MoshedFX.com pada setiap Hari Trading, konsisten baca selama 21 Hari.

Setiap hari perlu buka www.moshed.com dan baca Bahagian Analisa Fundamental.

Bermula 2 January 2015 sehingga 30 January 2015.

Saya TELAH sediakan satu File PDF di sini. Download (klik sini) dan Print. Tampal di dinding bilik trading anda. Setiap kali baca habis, tandakan X pada kotak KALENDAR tersebut. (PENTING! Jangan Lupa Print dan Tampal di Dinding!!)

Cuba istiqamah baca Analisa Fundamental di Blog ini dalam 21 hari sambil trading atau buat kajian , tak kisah trade demo atau real pada bulan January 2015 kali ini. Kita tengok apa kesannya.

Selepas itu kongsikan dengan saya, kesan terhadap aktiviti Trading. Lebih faham dan bertambah tak keuntungan trading anda? Cuba tengok. Cabaran ini hanya buat yang betul-betul NAK tingkatkan prestasi, keuntungan dan kefahaman forex trading bermula January 2015 ini.

Saya tak paksa. Hanya buat yang mahu berubah. 😎

Gambar di bawah adalah gambar income TERAKHIR dari forex trading yang masuk pada tahun 2014 (SS dari CimbClicks). Income December 2014 tak sempat masuk tahun ini, kena tunggu masuk January 2015 pulak.

 

income-forex-trading-moshedfx

 

SELAMAT TAHUN BARU 2015. TAHUN BARU TIDAK BERMAKNA APA-APA JIKA KITA MASIH KEKAL DI TAKUK LAMA.

“do something today that your future self will thank you for “

– MOSHEDFX-

 

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register