Kerajaan Amerika Berjaya Menamatkan ‘Government Shutdown’ Pada Khamis

0 782

US dolar membuat penurunan yang banyak dalam sesi dagangan Khamis apabila Amerika berhadapan dengan risiko pasaran dan juga politik. Seperti yang kita tahu, Wallstreet sekali lagi merekodkan penurunan sehingga 4% pada Khamis sekaligus menunjukkan pasaran yang berisiko. Tidak cukup dengan itu, Amerika pada Khamis juga terpaksa ditutup berikutan kehabisan dana kerajaan.

Namun, berita terbaru menunjukkan penutupan kerajaan akhirnya berjaya ditamatkan sebentar tadi. Tetapi buat masa ini pasaran belum dapat melihat kenaikan yang meyakinkan oleh matawang US dolar.

Dewan Perwakilan (House Representative) bersama-sama dengan Dewan Senat membuat undian pada awal pagi Jumaat waktu New York bagi mengesahkan rang undang-undang untuk menamatkan ‘government shutdown‘ (penutupan kerajaan).

Bajet kerajaan ini diluluskan dengan undian 240-186 di Dewan Perwakilan dan akan ditandatangani oleh Presiden Trump. Presiden Trump akan menandatangani rang undang-undang tersebut yang mana akan melanjutkan bajet kerajaan sehingga 23 Mac.

Penutupan kerajaan yang bermula semalam adalah penutupan kerajaan kali kedua di bawah pimpinan Presiden Trump. Sepatutnya, kerajaan dapat mengelakkan penutupan ini sehinggalah seorang daripada Senator Republikan iaitu Rand Paul membantah perbelanjaan defisit dalam rang undang-undang yang dicadangkan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa