Kerajaan Bakal Tanggung Kos Penghapusan Tol Berjumlah RM400 Billion

0 834

Rakyat Malaysia sudah tentu menanti-nanti penghapusan tol seperti yang dijanjikan oleh kerajaan selepas cukai GST dihapuskan sebelum ini. Penghapusan GST telah memberikan sedikit impak positif kepada penurunan harga barang dan rata-rata gembira dengan tindakan itu.

 

Dengan penghapusan GST kerajaan Malaysia dijangka kehilangan pendapatan hampir RM40 billion dan sudah tentu menambah defisit dalam belanjawan akan datang.

 

Kini, janji penghapusan tol pula sedang dinantikan yang mana sudah tentu memberi penjimatan berganda kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Namun, tahukah anda kos penghapusan tersebut mencecah ratusan billion Ringgit? Ya, ini berdasarkan komen yang dibuat sendiri oleh Menteri Kerja Raya.

 

Kerajaan sedang mengkaji model operasi tol lebuhraya di Malaysia dan dijangka akan mendedahkan  hasil kajian tersebut pada penghujung tahun ini. Baru Bian Menteri Kerja Raya turut berkata kajian tersebut meliputi aspek harga tol.

 

“Ia adalah perhatian utama orang ramai dan kita akan mempercepatkannya. Isu tol ini adalah jelas dan pendirian kita adalah mengkaji semula dengan melihat dari segenap aspek, termasuk impaknya kepada pemegang-pemegang saham.”

 

Baru Bian menilai isu ini sebagai isu sensitif di mana rakyat Malaysia ketika mengharapkan penghapusan tol. Seperti yang diperkatakan sebelum ini penghapusan tol di seluruh Malaysia akan memakan kos sehingga RM400 Billion.

 

“Kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol dianggarkan mencecah RM400 billion,” demikian kata Baru Bian di dalam sidang Dewan Rakyat.

Dengan jumlah hutang yang dikatakan berjumlah sehingga RM1 trillion, penghapusan tol sepenuhnya akan membawa hutang kerajaan ke paras RM1.4 trillion.

 

Sememangnya penghapusan tol adalah satu berita yang menggembirakan kepada rakyat marhaen, tetapi perlu diingat setiap perkara itu datang dengan kos. Malahan kos kepada penghapusan itu adalah RM400 billion.

 

Banyak kesan yang perlu diambil kira di mana RM400 billion itu adalah kos pampasan kepada syarikat konsesi termasuklah kos operasi, kos penyenggaraan, kos tambah baik (upgrade), dan kos pembiayaan kewangan. Jika ia dihapuskan tanpa perancangan rapi, dikhuatiri ia akan membebankan kerajaan di kemudian hari.

 

Namun, jika diambil kira dari segi penjimatan kepada pengguna atau rakyat ia menambah pendapatan yang boleh dibelanjakan kepada barangan lain jika tol dihapuskan. Wang yang sepatutnya dibayar kepada tol digunakan untuk membeli makanan atau perbelanjaan lain dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat perniagaan di Malaysia juga dapat menjimatkan kos operasi sekaligus menambah keuntungan mereka yang akan diterjemahkan kepada pengambilan lebih ramai pekerja atau pengembangan perniagaan dalam sektor yang lain.

 

Ia tetap ada pro dan kontra di mana memerlukan kajian yang sangat teliti dan menyeluruh kerana melibatkan kos yang sangat besar.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa