Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Kerajaan Baru New Zealand Mungkin Akan Mengubah Mandat Bank Pusat

Kerajaan Baru New Zealand Mungkin Akan Mengubah Mandat Bank Pusat

Dolar New Zealand naik 60 pip berbanding US dolar dari paras terendah Rabu sehingga mencapai paras tertinggi hari ini di 0.7123. Hal ini berikutan perkembangan semasa politik di New Zealand dimana First Party yang menjadi penentu kerajaan baru sudah bersedia untuk memilih antara Parti Nasional pimpinan Bill English atau Parti Buruh.

Selepas pilihanraya minggu lalu memberikan hasil yang seimbang antara Parti Buruh dan Nasional, kini terpulang kepada First Party untuk menentukan kerajaan baru dengan ada laporan yang mengatakan ia cenderung kepada Nasional.

Ada juga laporan menyebut bahawa First Party lebih cenderung memilih Parti Buruh yang mana akan mengubah mandat bank pusat di negara ini.

Sudah 28 tahun bank pusat (RBNZ) mensasarkan inflasi yang stabil, tetapi Parti Buruh mahu menambah lebih banyak pekerjaan dalam mandat bank pusat. Matlamat ini sama dengan Fisrt Party yang mahu bank pusat fokus kepada nilai matawang tempatan.

“Ia adalah satu perubahan yang besar. Polisi monetari kita telah 25 tahun menjadi rujukan di seluruh dunia,” kata Arthur Grimes, bekas ketua penganalisis ekonomi RBNZ pada awal 1990. Sebarang perubahan tanpa penelitian dan analisis akan menjadi sesuatu yang “luar biasa”, tambah beliau.

New Zealand adalah negara pertama yang membuat formulasi kebebasan kepada bank pusat pada 1989 dan juga memperkenalkan sasaran inflasi. Walaupun, ia adalah negara ke 53 terbesar dunia, tetapi aplikasi ekonomi yang digunakan telah diterima pakai sejak tahun 1980-an.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!