Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kerjaya Sebagai Forex Trader

Sepanjang melibatkan diri dalam bidang forex trading, seringkali ramai akan bertanyakan tentang pekerjaan saya. Tempoh hari saya ada order beberapa buah perabot untuk melengkapkan lagi trading room saya di rumah. So, sampailah perabot tu dan abang yang hantar perabot pun mula la memasang perabot. Sedang asyik memasang perabot tu dia tanya, “encik ni kerja apa? ” sambil dahi berkerut-kerut pandang sekeliling dan platform MT4 yang terbuka di screen computer saya.

Saya pun jawab,”oh, saya trade forex.”

Dia pun terus sambung dengan ramahnya, ” oh haa saya tahu, forex trading ni..kawan ada ajak masuk, bla bla bla..rugi..bla bla bla, broker forex tu janji nak bagi return, dapat 2-3 bulan awal, lepas tu company hilang..bla bla bla..kawan saya dah serik cakap forex ni penipu….bla bla bla, duit banyak habis..bla bla bla.. ”

Terus terkesima dan saya tanya, ” kawan abang tu trade sendiri ke atau macam mana?”

Dia jawab,” oh tak, dia invest dalam forex, melabur.bulan-bulan broker bagi dalam 10%.”

Saya pun explain panjang lebar pada abang tu, ” kawan abang tu dah kena tipu tu, tiada broker forex yang regulated dan sah operasinya berikan return bulan-bulan, dan forex ni bukan pelaburan, patut trade sendiri macam trade saham..perlu ada ilmu..bla bla bla ”

Abang tu pun mendengar, hangguk kepala tanda faham, sambil pasang perabot sehingga siap. Selepas siap abang tu tanya, ” Saya nak melabur dengan encik boleh tak ? ”

Saya balas, “erk ??? skim-forex

Apa pengajaran dari cerita ini ? Sila komen di bawah jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen.

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register