Ketakpastian Politik Trump Menyebabkan Naik-Turun US Dollar

0 1,259

Terdapat satu lagi risiko terbaru yang disebabkan oleh Presiden Trump pada Selasa, yang dipercayai menjadi penyebab kepada kejatuhan US dolar sejak pukul 8 malam. Presiden Trump dilaporkan telah memecat menteri dalam negeri (Secretary of State) Rex Tillerson.

Tillerson dipecat selepas daripada beberapa siri perbezaan pendapat dalam isu yang termasuk Korea Utara dan Russia.

Trump juga menggantikan Pengarah CIA, Mike Pompeo dan digantikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Gina Haspel. Trump juga dilaporkan menggantikan Ketua Diplomat beliau.

Tillerson dilaporkan telah menggelarkan Trump “dungu” pada Julai lalu. Namun, Tillerson enggan mengakui perkara tersebut. Pegawai di White House berkata Trump meminta Tillerson untuk meletak jawatan pada Jumaat tetapi tidak mahu mengumumkannya semasa beliau dalam lawatan ke Afrika. Pengumuman ini hanya beberapa jam selepas Tillerson mendarat di Washington.

Trump mengumumkan Mike Pompeo, Pengarah CIA akan menjadi menteri dalam negeri yang baru. Jawatan pengarah CIA itu akan diisi oleh timbalan Gina Haspel.

Terdapat sedikit pemulihan oleh US dolar ketika ini berbanding matawang utama, selepas pasaran menyerap semua berita dan data ekonomi CPI yang dikeluarkan pada malam ini. Jika dilihat dengan data CPI, tidaklah begitu teruk kerana ia masih sejajar dengan jangkaan. Tetapi sebab utama yang membawa kepada kejatuhan US dolar malam ini adalah pemecatan Rex Tillerson. Oleh itu, US dolar dilihat pulih semula selepas mengambil kira bacaan inflasi Amerika Syarikat.

Namun, kita masih melihat pemecatan Tillerson sebagai satu lagi ketidakpastian dalam politik Presiden Trump.

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa