Ketidaktentuan Politik US Boleh Menghilangkan Peranan Dolar Sebagai Matawang Rizab Dunia – WSJ

165

Berdasarkan laporan Wall Street Journal (WSJ), matawang U.S telah digunapakai di seluruh dunia sejak beberapa dekad lalu sehingga sekarang. Bahkan bank pusat juga menyimpan rizab mereka dalam matawang dollar. Hampir 9 per 10 daripada traksaksi pertukaran matawang asing yang bernilai $5.1 trillion didagang menggunakan dollar Amerika. Selain itu, kebanyakan harga komoditi diukur dalam dolar seperti minyak, gula dan lain-lain lagi.

Namun ketidakstabilan politik yang kerap berlaku dalam negara U.S telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pakar ekonomi dan penganalisis. Tambahan pula, permintaan dolar yang semakin berkurang akan menyebabkan dolar semakin hilang peranan di dalam ekonomi global..

Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa dunia secara tiba-tiba akan mengugurkan matawang dollar baik dalam transaksi mahupun sebagai penanda aras. Perkara ini cuma sebagai langkah berjaga-jaga kerana ketidakstabilan politik akan menghilangkan keyakinan pelabur dan bank pusat dan berkemungkinan akan mengurangkan penggunaan dolar dan memilih matawang lain sebagai alternatif. Hal ini merujuk pada penyusutan matawang dollar yang besar pada tahun 2017, sehingga mencatatat penyusutan paling tinggi dalam tempoh 2 1/2 tahun.

Profesor ekonomi Universiti California, Ben Cohen berpendapat bahawa ” Kita semakin hampir kepada tahap keyakinan paling rendah matawang dollar”. Tambah beliau, “jika status matawang dollar berubah, kegagalan dasar merupakan faktor utama”.

Penyusutan dolar yang berterusan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi U.S dan luar U.S. Permintaan dollar yang semakin berkurang akan meningkatkan kadar faedah yang akhirnya pinjaman menjadi semakin mahal dan akan memperlahankan ekonomi. Ia turut memberi kesan kepada pengguna dan juga syarikat. Pengguna akan mendapati mereka perlu membayar lebih tinggi berbanding sebelum ini disebabkan kejatuhan matawang. Syarikat pula terpaksa berhadapan dengan kos yang lebih tinggi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain (Euro, Sterling, Yen, Swiss Franc, dolar Canada dan Krona Sweden) masih kekal di sekitar paras 92.00 untuk tiga minggu berturut-turut, jatuh sejak awal Januari tahun ini, susut daripada paras tertinggi 103.62 yang berjaya di capai akhir tahun lalu. Indeks USD perlu menembusi paras 94.00 untuk dolar mendapat sokongan lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat