728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Kilauan Logam Kuning Ini Tampak Semakin Nyata

Kilauan Logam Kuning Ini Tampak Semakin Nyata

Harga emas kekal stabil di paras yang tinggi menjelang pengumuman data Amerika Syarikat. Data ini dilihat amat penting untuk menilai keadaan ekonomi terbesar dunia ini sama ada benar-benar kukuh atau sebaliknya.

AS akan mengumumkan data pekerjaan ADP bagi bulan Julai, dengan kebanyakan penganalisis pasaran menjangkakan kenaikan sebanyak 170,000 senarai gaji dari sektor swasta.

Institut Pengurusan Bekalan Amerika Syarikat juga akan mengeluarkan laporan mengenai pertumbuhan sektor perkhidmatan bagi bulan Julai.

Emas bagi penghantaran bulan Disember di bahagian Comex New York Merchantile Exchange diniagakan pada $ 1,370.05.

Sehari sebelum ini menyaksikan lonjakan emas ke paras tertinggi sejak 11 Julai.

Harga logam kuning ini meningkat berikutan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Fed dalam masa terdekat semakin pudar. Hal ini disebabkan perkembangan ekonomi AS yang agak lembab pada suku ke-2.

Bagi tahun ini sahaja, emas mengalami peningkatan lebih kurang 28% kerana kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

Dalam masa yang sama, silver futures dan copper futures di Comex juga mencatat penyusutan.

Update-update terkini akan disalurkan terus dari Team Moshed.com kepada anda. Jadi, bagi yang belum join channel Telegram kami, sila klik disini.

 

 

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register