Kini Pelanggan Uber di China Bukan Sahaja Boleh Menempah Kereta, Malahan Belon Udara Panas!

0 24

Uber menambah perkhidmatan tambahan bagi pelanggan di China yang membolehkan mereka membuat tempahan bukan sahaja dengan kereta, tetapi menggunakan bot dan belon udara panas.

Inisiatif daripada Uber dan Travel ini diumumkan sendiri oleh Naib Presiden Operasi Uber di China, Kate Wong di TechCrunch Shanghai. Idea ini bagi menyediakan semua jenis pengangkutan kepada pelanggan antarabangsa di China.

belon-udara-panasMenghadapi persaingan yang sengit dengan syarikat-syarikat gergasi tempatan memaksa Uber untuk lahir dengan idea-idea baru dan lebih kreatif bagi memenangi hati pelanggan.

Dalam pengumuman itu, Wang turut memperkenalkan UberLIFE iaitu perkhidmatan majalah digital. Majalah itu akan membolehkan penumpang mereka mengetahui acara tempatan yang sedang berlangsung di negara yang mereka lawati.

Menurut beliau lagi, UberLIFE dijangka bakal dilancarkan sepenuhnya hujung tahun ini dan hanya boleh didapati di China.

 

Anda ketinggalan mengetahui rahsia Mark Zuckerberg dari artikel sebelum ini? Baca disini segera jika anda ingin berjaya sepertinya. 

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa