Timeline : Tahun 2004. Hari Jumaat hari yang favourite. Sebab ada kelas computer dan setiap kali habis kelas Computer around pukul 5 macam tu, aku dapat lepak lab computer di fakulti IT. (COIT)
Dekat apartment student tak ada internet. Jadi sini paling jimat lah untuk aku layan internet sampailah ke jam 8 malam. Biasanya time-time macam ni aku sorang saja kat lab comp. Satu fakulti tu dah takde orang. Kosong. Balik pun sebab takut, sunyi sangat. Kahkah.
Aku student engineering, tapi memang ada subject yang kena pegi fakulti IT.
Biasanya aku kalau lepak lab computer tu aku akan layan Forum Sifoo.com
Forum sifoo.com ni banyak cerita tentang grafik, design dan macam-macam lagi. Aku pun taktau kenapa aku suka lepak situ walaupun aku bukan berbakat pun dalam design.
Tapi aku suka perhati karya orang, tengok orang sembang pasal art, camera, design, website dan banyak jugak sembang kosong yang lain.
Masa tu orang tak kisah sangat pasal internet, tapi aku ni 24 jam kepala duk fikir macam mana aku nak layan internet. Aku rasa aku boleh create something or capai something dengan internet ni.
Tapi aku hanya dapat ‘main’ internet ketika gap gap kelas dan di lab comp U saja. Memang tak dapat fokus banyak. Benda ni berlarutan sampailah tahun 2005.
Masa tahun 2005 ni aku dah pindah duduk rumah sewa kat luar U. Dah tak duduk dalam apartment student. Jadi lagilah susah untuk aku dapat main internet melainkan aku pergi ke Cyber Cafe (CC) yang rata-rata charge sekitar RM2.50 sejam.
Fehh memang mahal bagi aku nak spend RM2.50 sejam.
Ada satu petang weekend tu aku dah habis boring, mati kutu duduk lepak rumah bujang. Member semua pun tak ada aktiviti apa melainkan tidur dan main game di PC. Boring punya pasal, aku start motor aku pergi ke CC berdekatan.
Sambil-sambil layan forum Sifoo aku cari lepak jugak forum-forum lain. Dan aku terjumpa sesuatu yang menarik…. (bersambung)