banner-mutm-728x90

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kisah MoshedFX : Forex Trading dan Basikal Kecil Warna Merah

Kisah MoshedFX : Forex Trading dan Basikal Kecil Warna Merah

Masihkah anda ingat apabila saat awal-awal anda belajar mengayuh basikal? Ia adalah perkara yang sangat susah. Pada masa kecil, saya masih ingat ayah saya belikan sebuah basikal bewarna merah. Tayar warna warni yang diperbuat dari span(tak perlu pam angin), lengkap beroda belakang, kiri dan kanan. Seronok bukan kepalang, dan mengayuh basikal tidak menjadi masalah bagi saya dengan bantuan roda belakang. Seingat saya ketika itu saya baru berumur 4 atau 5 tahun.

Pada petang hari, selalu keluar di hadapan kawasan rumah untuk sama-sama kayuh basikal. Memang seronok. Anak jiran iaitu teman sepermainan saya rata-rata semua ada basikal, pusing jalan taman. Rakan saya yang pada ketika itu memang agak nakal dan lasak, dan sangat pro dan laju dalam menunggang basikal. Suatu petang, saya dikejutkan dengan dia berjaya kayuh basikal tanpa roda belakang. Semua sudah dibuang dan dia secara automatik digelar ‘budak besar’ sebab sudah berjaya kayuh basikal tanpa roda. Saya pun amat kagum. Yang masih beroda tiga terus diejek.

Sebaik sahaja ayah saya pulang dari kerja, saya bersungguh-sungguh suruh ayah saya buang semua roda belakang. Ayah saya cakap, tak boleh nanti jatuh sebab saya masih tak pandai kayuh tanpa bantuan roda. Saya paksa ayah saya buang juga semua roda, saya pun mahu jadi budak besar. Dah siap semua, saya cuba kayuh. Jatuh. Jatuh. Jatuh lagi dan luka. Menangis. Kerana dua sebab, iaitu satu malu sebab tak dapat kayuh basikal tanpa roda, dan kedua sebab sakit jatuh la. Budak lagi. πŸ˜€

telegram-moshed

Ayah saya ajar step by step. Mula-mula angkat tinggi sedikit roda belakang,kalau saya hilang imbangan ada roda support. Makin pandai, angkat lagi tinggi. Makin pandai dan laju saya kayuh. Ayah saya buang sebelah roda. Bila dah betul-betul yakin, barulah ayah saya buang semua roda. Dan saya dapat pecut dengan laju tanpa roda, dan sampai terpengaruh ikut anak jiran kayuh tanpa pegang handle basikal, up atau willy basikal tu. Memang legend zaman tu jika dapat buat semua.

basikal-forex

Apa yang kita dapat garabkan dari cerita ‘basikal merah saya tadi?’ 😎

Apa jua bidang yang kita ceburi, kita perlu step by step. Sama macam forex, step by step. Belajar satu demi satu. Jangan putus asa. Trade dan test teknik satu-satu guna akaun demo sehingga pro dan jadi rutin harian. Dah biasa buat 1-2% sehari atau sebulan 10-20%, pindah dan cuba akaun real, letakkan nilai deposit yang kita sanggup rugi, dan jika rugi pun tidak menjejaskan kehidupan kita. Bukan duit nak beli susu anak, bukan duit hantaran kahwin, bukan duit deposit rumah, bukan duit raya anak-anak untuk buat duit modal trade forex kita. Forex ini sebuah business, untuk setup business perlukan modal. Bila dah biasa dan jadi amalan, besarkan akaun. Bahagikan keuntungan dan akaun forex. Ada high risk, low risk, dan akaun yang generate untuk kita gunakan untuk kehidupan.

Semua perlu step by step. Satu demi satu belajar. Apa akan jadi jika saya quit belajar kayuh basikal tadi? sampai hari ini saya tak akan reti bawa basikal ataupun motorsikal. Tambahan cita-cita untuk angkat Superbike Ducati Monster, juga akan berkubur. πŸ˜€ Apa akan jadi jika saya terus ‘buang roda’ ? Seolah-olah terus trade real akaun. Makin banyak luka saya dapat. Makin malu da menangis lagi kuat. Luka ibarat akaun kena Stop Out Level yang mengguris hati. Jika tak belajar step by step, sampai bila pun saya akan luka dan terus luka parah ketika nak belajar kayuh basikal tu. Sama macam forex, luka parah tu ibarat kerugian habis duit simpanan, makin topup dan makin jadi ‘mat depo’ dan kecelaruan emosi, mungkin efek kepada keluarga kita.

Apabila makin lama anda ceburi bidang forex trading, anda akan makin sedar yang anda perlu invest masa dan sabar lebih daripada invest duit untuk modal trading. Tak percaya? Teruskan dengan tabiat rugi dan MC anda, anda akan sedar. Jangan salahkan forex jika anda tidak dapat kemanisan dalam bidang ini.

Semua perlukan masa dan ilmu. Satu demi satu. Jangan kalut dan tergopoh gapah. Saya harap semua forex trader, kurangkan emosi, trade dengan berhati-hati. Belajar satu-satu, guna betul-betul demo akaun tu. Rugi tak apa, masih belajar dan test teknik. Biar apa sahaja orang cakap, duit-duit kita dan kita tak mahu rugi. Biasakan buat profit dengan kawalan Money Management di demo. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Anda akan menjadi seorang trader yang berjaya. Saya pun masih mengejar cita-cita dan tahap yang belum saya sampai lagi dalam arena forex trading ini. Sama-sama kita kejar. Teruskan kayuh ‘basikal anda’, sebab nanti saya percaya ‘anda dapat buang roda belakang’. πŸ™‚

Akhir kata dari saya,Β β€œLife is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.” – MoshedFX

motivasi-forex

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register