728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kisah MoshedFX : Kenangan Ketika Melibatkan Diri Dalam Forex Trading Awal-awal Dulu

moshedfx-belajar-forex-malaysia
Langkah pertama bagi seorang individu apabila ingin melibatkan diri dalam forex trading adalah belajar menguasai asas forex, selok belok analisa teknikal dan fundamental, serta teknik-teknik trading yang sesuai.

Saya juga seperti anda dahulu, masa awal-awal permulaan saya belajar forex dahulu, study macam-macam jenis, masuk forum sana sini, website forex dan macam-macam lagi. Masalah utama saya pada masa itu, saya susah untuk cuba fahamkan apa yang diceritakan di forum-forum forex yang banyak menggunakan ungkapan, short form dan macam-macam perkataan yang sangat ‘’so called economic’’ bagi saya.

Oleh kerana itu, saya pun cuba untuk berjumpa forex-forex trader yang ingin tunjuk ajar, yang mana ketika itu memang digelar “masta-masta”. Sangatlah kerdil saya rasa ketika itu kerana saya memang sangat blur, tidak tahu apa. Bila berjumpa dalam 7-10 orang di kedai makan. Kita sebagai budak baru memang rasa sangat segan. Tambahan yang duduk di sebelah-sebelah kita adalah masta-masta. Mereka sembang beribu-ribu USD dan beribu-ribu pip untung. Saya yang ketika itu sebagai seorang Budak U(University Student) memang sangat kagum dan terkejut dengan ungkapan-ungkapan begitu. Ribu riban. USD pula tu. Darab RM3.70. Ia adalah rate ketika itu, ia adalah satu amount yang sangat banyak.

telegram-moshed

Saya cuba mencelah sedikit-sedikit, tetapi dengan soalan yang sangat newbie, biasalah memang kena gelak.

Persoalan-persoalan yang saya kumpul di dalam kepala untuk bertanya tadi hilang satu persatu, jadi sangat malu dan segan. Jadi hanya boleh tunduk dan hangguk-hangguk sahaja. Saya masih ingat lagi last soalan yang saya tanya kepada mereka setelah diam seribu Bahasa dalam perbincangan FOREX tersebut. Saya tanya, “di mana saya boleh belajar lebih mendalam tentang forex trading ni? Ada apa-apa ebook, nota atau panduan ? atau kelas? Rasa nak berjaya macam masta-masta semua”

Ia dibalas dengan agak sinis, “ alahh, tak payah semua tu, pergi saja ke babypips” ia diiringi dengan gelak ketawa.

Saya pun hangguk-hangguk, tanda faham. Seronok tak terkata, biasalah budak baru belajar, memang naif. Heh..balik rumah terus ON computer dan terus cari website-website tu.

Blank !

Baca banyak kali pun masih Blank. Satu apa pun saya tak faham. Mungkin sebab penguasaan Bahasa Inggeris saya memang lemah sedikit ketika itu. Di tambah lagi dengan term-term ekonomi. Rasa terlalu banyak input.

Cek-cek balik terlalu banyak yang kena baca. Di mana nak mula. Kena baca semua ke? Mana yang penting? Blank! Jammed otak ni!

Lagi susah dari subject Calculus, Thermodynamic, Electromagnetic Field yang saya ambil di U ketika itu rupanya.

Dari sana saya sedar, untuk terlibat dalam forex, kita perlu cuba faham asas-asas dahulu. Mungkin satu-satu anak tangga kita kena naik untuk faham perkara-perkara begitu. Di tambah pula saya jumpa golongan yang agak poyo, ajak lepak kononnya nak ajar sebab saban hari post SS keuntungan di forum. Bila keluar hanya bersembang dengan golongan-golongan mereka sahaja, yang newbie ini digelakkan. Tetapi nak buat macam mana, itu adalah nasib saya ketika itu. Mungkin juga tidak salah mereka, kerana saya ini newbie lagi. Jadi agak rumit untuk jawab soalan-soalan begitu.

Jadi apabila saya menghasilkan Pakej Mudahnya Belajar Forex, saya mengambil kira bab-bab tersebut. Ilmu dari basic ke sedikit advance yang lebih mudah untuk faham saya atur. Ia diambil dari pengalaman saya selama 8 tahun dalam bidang ini. Ditambah pula dengan hanya part-part penting dan basic yang perlu sahaja saya masukkan untuk pembelajaran lebih menjadi mudah. Maksudnya tak perlu kita kaji semua perkara basic sedangkan nanti kita tidak guna pun ilmu darinya. Sebab forex trading ini melibatkan banyak bab teknikal dan fundamental, ekonomi, geopolitik dan lain-lain. Kalau nak baca dan kaji semua, rasanya lepas 15 tahun baru boleh mula trade real.

Jika anda pun pernah rasa sebegitu setelah ingin belajar tentang forex, saya cadangkan boleh cuba memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex ini. Selepas ini mudah untuk anda bergaul dengan forex-forex trader mungkin, untuk kajian dari dalam internet pun anda akan lebih mudah faham. Ilmu-ilmu yang lebih advance anda bakal ketahui yang mana ‘masta-masta’ tersebut pun tidak tahu. Selepas ini mungkin mereka pula panggil anda masta. Heh 😎

Begitulah pengalaman saya. Anda ada pengalaman untuk dikongsikan dengan saya? Terus hantar ke email moshedfx[at]gmail.com. Gantikan [at] dengan @ ya.

“You don’t have to see the whole staircase, just take the first step” – MoshedFX

 

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register