728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Kisah Motivasi Secawan Kopi RM3.90 dan Rahsia Rezeki Dari Allah

Kisah Motivasi Secawan Kopi RM3.90 dan Rahsia Rezeki Dari Allah

Cerita Tahun 2011. Dulu kalau rasa nak boost motivation, cuba belanja dalam RM3.90 untuk secawan kopi di Oldtown, Lagenda Height. Sambil mengadap chart, boleh tengok kereta Merc, BMW, Audi lalu lalang. Ambil semangat.
.
Nak belanja RM3.90 utk secawan kopi masa tu pun dah rasa habis besar dah. Duit tak ada banyak mana. Tapi cuba jugak spend, walaupun tahu balik kejap lagi memang makan Megi saja.
.
Ada laptop. Ada internet. Ada kopi. Ada akaun yang tak berapa banyak pun isi USD dalam tu, boleh lah layan trading sambil kaji-kaji lagi chart forex.
.
Pernah ada sekali masa lepak sorang-sorang tu, terjumpa dua orang senior, sama sekolah Mat Jiwa dulu. Diorang baru sampai, terus tarik kerusi duduk semeja.
.
Diorang tanya tengah buat apa. “Oh main forex”
.
Hmmm…Saya terfikir, diorang selalu ingat, orang trade forex kan selalu kaya-kaya. Takkan saya nak minta bayar asing pulak. Baki white kopi saya tinggal separuh saja lagi. Duk minum sikit-sikit taknak bagi habis.

Selalunya saya datang Oldtown ni time memang tgh dekat nak pokai. Sebab dekat nak pokai, motivasi saya akan down.
.
Jadi dengan RM5 plus minus, ok lah, lepak sini sajalah, utk nak boost balik motivation dalam seminggu, usaha cari income kot mana-mana arah sekali pun.
.
Sembang punya sembang. Rupanya, salah seorang senior tu kerja kapal. Cuti dalam sebulan saya rasa. Dia siap order makan dan cakap nak belanja. Alhamdulillah, rezeki saya. Dapat makan sedap haritu. Tak jadi saya duk congak berapa bungkus lagi megi ada di rumah.
.
Masa nak balik tu, yang kerja kapal tu naik Lancer GT yang baru masa tu. Pelawa saya try duduk. Saya pun acah-acah try duduk, pegang setereng, sambil mulut bunyi “voooff. voooff.” haha, punya lah excited dapat merasa.
.
Masa balik tu, rasa happy saja, sebab tanpa keluar duit RM3.90 utk white coffee boost motivation tu, makan pun dapat org belanja, motivasi naik berganda-ganda untuk improve hidup.
.
Tapi jauh di sudut hati, renung jugak masa depan. “Apa akan jadi pada aku ni?” Kerja tak pun. Asyik dengan forex saja. Orang lain sama U dah kerja hebat-hebat. Sama sekolah pun dah kerja hebat-hebat.
.
“Aku masih di takuk lama.”
.
Masa balik tu, pusing satu Sungai Petani tu, layan feeling sorang-sorang, sebelum balik rumah.
.
“Di tahap manakah aku 5 tahun lagi?”
.
Sesungguhnya rezeki ALLAH itu Rahsia. Perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Aku bersyukur!
“Direction is more important than speed, many are going nowhere fast.”

Kisah ini dipetik dari Laman Facebook milik Pengasas MoshedFX.com – Moshed Mohamad

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register