Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Kombinasi Kelemahan US Dolar dan Kejatuhan Hasil-Bon Menolak Emas Lebih Tinggi

Kombinasi Kelemahan US Dolar dan Kejatuhan Hasil-Bon Menolak Emas Lebih Tinggi

Emas mengekalkan pengukuhan di paras tertinggi dua bulan lalu dengan permintaan terhadap logam berharga kekal di paras tinggi.

Ketegangan berterusan antara US dan Korea Utara pada Khamis menolak harga emas ke paras tertinggi dengan pelabur mencari inisiatif lain bagi mengekalkan nilai modal mereka.

Risiko secara keseluruhan masih membimbangkan walaupun tiada tindakan yang lebih agresif setakat ini melainkan retorik antara kedua-dua pihak.

Pasaran saham global meneruskan kejatuhan pada Khamis dengan Wallstreet merekod kejatuhan tertinggi sejak Mei dengan Dow Jones jatuh 0.93% di mana Goldman Sach antara kaunter paling banyak merekod kerugian.

S&P 500 pula jatuh sehingga 1.45% dengan sektor teknologi maklumat dan kewangan merekod kejatuhan tertinggi. Nasdaq pula jatuh sehingga 2.13% dengan Apple, Alphabet, Amazon dan Netflix kesemuanya didagang lebih rendah.

Kejatuhan US dolar yang berterusan oleh sebab risiko terhadap ekonomi US, dijangka akan terus menyokong emas kerana sifat emas sebagai penyimpan nilai.

Kejatuhan dalam pasaran ekuiti dan kemerosotan hasil-bon US telah mencetuskan permintaan terhadap logam berharga sehingga mencapai paras tertinggi di $1287.70 setakat pukul 5.45 petang.

Emas berpotensi untuk kehilangan sedikit keuntungan sejak Rabu, jika data inflasi US malam ini merekod bacaan positif. Data harga pengguna (CPI) ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia. Sebarang kemelesetan terhadap data ini sudah tentu akan menolak harga emas ke paras $1,300.00.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!