728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Komen Presiden Fed Philadelphia Ini Mengundang Kemarahan Donald Trump!

Komen Presiden Fed Philadelphia Ini Mengundang Kemarahan Donald Trump!

Federal Reserves merancang untuk menahan perubahan dasar kewangan sehingga pilihanraya presiden AS pada 8 November ini selesai.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker berkata demikian pada Khamis apabila diminta mengulas mengenai status perubahan dasar oleh Fed.

Harker sebelum ini dikatakan menimbulkan kemarahan Donald Trump apabila mengeluarkan komen bahawa Fed mungkin perlu mengubah dasar mengikut acuan pemenang presiden AS yang baru.

Donald Trump menuduh ahli Fed tersebut bermain politik apabila Fed masih mengekalkan kadar pada tahap yang rendah.

Harker tidak akan turut sama mengundi dalam mesyuarat dasar Fed pada 1-2 November ini namun akan turut sama memberi pandangan dalam perbincangan.

Kata beliau lagi kepada pemberita, beliau tidak mengetahui hala tuju dasar oleh Fed, tetapi berpendapat bahawa Fed perlu menunggu sehingga isu perebutan kerusi Presiden AS reda dahulu sebelum mengambil apa jua keputusan.

Dalam pada itu, Pengerusi Fed, Janet Yellen berulang kali menafikan bahawa Fed melibatkan isu politik dalam penetapan kadar.

Hillary Clinton sememangnya mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi tersebut berdasarkan pandangan orang awam. Pun begitu, Trump dikatakan akan mengganggu ekonomi dengan pelbagai janji yang berkait dengan perdagangan asing jika terpilih untuk menyandang jawatan presiden.

Harker yang mempunyai hak untuk mengundi pada tahun 2017 juga menyuarakan pendapat bahawa Fed perlu menaikkan kadar sekurang-kurang sekali pada penghujung tahun ini.

Moshed.com Mengulas Secara Terperinci Perbezaan disebalik ‘Soft Brexit’ dan ‘Hard Brexit’ Yang Anda Mungkin Tak Tahu!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register