728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Komoditi Ini Antara yang Paling Stabil Pada Sesi Asia Hari Ini!

Komoditi Ini Antara yang Paling Stabil Pada Sesi Asia Hari Ini!

Nilai emas hampir rata di Asia pada hari Jumaat sementara menunggu pandangan Fed terhadap kadar yang bakal menentukan ekonomi US.

Di bahagian Comex New York Merchantile Exchange, emas bagi penghantaran bulan Ogos meningkat 0.07% kepada $1,33.95 satu troy ounce.

Silver Futures untuk penghantaran bulan September memperoleh keuntungan sebanyak 0.03% kepada 19.875 satu troy ounce, manakala Copper Futures bagi penghantaran bulan September merosot kepada $2.259 sepound.

telegram-moshed

Semalaman, emas melantun kepada paras terendah dalam tempoh 3 minggu selepas mesyuarat ECB pada hari Khamis. Mario Draghi menegaskan bahawa penggubal dasar perlu lebih banyak masa dalam menilai kesan jangka panjang terhadap keputusan UK meninggalkan Kesatuan Eropah. Hal ini penting untuk menentukan langkah-langkah pelonggaran dasar jika perlu.

Walaupun berlaku kemerosotan baru-baru ini, harga emas masih meningkat lebih daripada $70 ounce sejak keputusan yang menggegarkan pasaran seluruh dunia. Lebih penting lagi, logam berharga itu dinaikkan kepada lebih dari 24% sejak 1 Januari. Perkara ini dilihat sebagai landasan terbaik untuk salah satu tahun paling kukuh sejak sedekad yang lalu.

Pergerakan harga emas juga konsisten dengan support 1,253.70 untuk nilai terendah bagi 24 Jun dan resistance $1,368.60 untuk nilai tertinggi pada 7 Julai.

Pada hari Khamis, Majlis Pentadbiran ECB mengekalkan kadar interest, serta konsistensi program pelonggaran kuantitatif sehingga mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kesan Brexit terhadap ekonomi Zon Euro secara keseluruhan. Walaupun mengakui keputusan UK meninggalkan referendum sebagai halangan terhadap hala tuju ekonomi Zon Euro, Draghi menegaskan bahawa Majlis Pentadbir sedia bertindak seawal bulan September jika ada keperluan untuk meningkatkan ekonomi. Selain itu, Mario Draghi juga menekankan kesediaan untuk berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Draghi memandang ringan bahawa ramalan penurunan pertumbuhan KDNK tahunan UK sebanyak 0.5% di seluruh Zon Euro. Beliau juga menyatakan bahawa isu ini boleh diselesaikan dari hasil rundingan di antara banyak pihak. Selepas Brexit, mengkreditkan kecairan bank pusat dan menghasilkan swap line bagi meningkatkan kestabilan.

Keputusan terkini Rizab Persekutuan dikeluarkan beberapa hari sebelum FOMC bertemu dalam persidangan dua hari di Washington minggu depan bagi mesyuarat bulan Julai. Data buruh dan perumahan Amerika Syarikat juga telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Disamping itu, Fed mengekalkan interest rate dalam 4 mesyuarat pertama bagi tahun ini sekali gus meningkatkan kadar jangka pendek kepada 25 mata asas pada Disember lepas.

Sebarang kenaikan kadar oleh Fed pada tahun ini dijangka bakal menurunkan harga emas. Namun, emas akan kekal meneruskan pesaingan dengan aset-aset yang membawa pulangan tinggi (high-yield bearing assets).

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register