Share This Post

Tips dan Nasihat

Konsisten Dalam Forex Trading, Bukanlah Susah Jika Anda Faham Tips Ini

Konsisten Dalam Forex Trading, Bukanlah Susah Jika Anda Faham Tips Ini

Consistent. Inilah ramai yang forex trader cari.

Ramai yang baru-baru trade pun sudah mengeluh, kenapa susah sangat nak maintain untuk untung. Saya tanya, apa masalahnya?

Mereka cakap, asyik rugi saja trading. Kalau untung pun, selepas tu bila rugi berturut-turut, macam mana nak maintain keuntungan.

Ok di sini ada beberapa faktor yang perlu faham.

#Sudah Berapa Lama Trading?

Masa dan pengalaman memainkan peranan penting. Sama macam kita dengar kisah orang berniaga, jarang sekali yang terus untung kaw-kaw. Kalau untung pun, nanti sebab pengurusan duit bisnes yang lemah, perniagaan tersebut akan rugi juga akhirnya.

Begitu juga forex trading. Bagaimana kita nak tahu kita boleh consistent atau tidak? Semuanya mestilah bermain dengan masa.

Maksudnya kita kena monitor masa tu lama. Selepas 12 bulan trade, baru kita boleh nampak pattern keuntungan kita.

Mungkin bulan 1 sampai bulan 5 = maintain sekitar 7%-10%
Tetapi bulan 6 ada isu besar dan sebagainya dan kita masih teruskan trade = Result rugi hampir 15%
Tetapi selepas itu bulan 7-12 = kita dapat maintain sekitar 6% sebulan.

Kiranya consitent dah tu, cuma kita yang leka dan ada buat kesalahan iaitu cuba jugak trade pada bulan 6 di mana terlalu banyak isu besar yang menakutkan seperti (brexit dan sebagainya).

Itu contohlah, tak kisah lah bulan berapa pun. Bila ada isu besar, kita kurangkan trading kita. Protect our capital, sebab masa-masa begini, pergerakan pun laju tak tentu arah dan akan menyebabkan order kita “slippage”.

Jadi kita ada sekitar 12 bulan mungkin untuk lihat corak trading kita.

Tetapi pastikan dalam 12 bulan tu trading, semuanya ikut rule, ada trading plan, kawal MM, ada journal log dan sebagainya. Baru dapat rekod, belajar dari kesalahan.

#Selepas 12 Bulan Apa Yang Anda Dapat?

Keuntungan bukanlah yang kita cari dalam masa 12 bulan ni. Kita cari skill dan pengalaman. Dengan skill dan pengalaman barulah kita akan naik ke satu level tinggi yang lain. Skill dan pengalaman dapat bagi kita rasa yakin dan berani.

Jika semuanya teratur. Barulah kita boleh bermula dengan akaun yang lebih besar, target untuk bayar komitmen yang lebih besar dan sebagainya.

# Alasan

Ramai yang cakap, “Pergh, selepas 12 bulan baru boleh besarkan modal dan sebagainya? Lamanya nak tunggu” Mengarut saja. Baik aku trade macam biasa. Depo 100 USD dan tikam sampai jadi 10K.

Anda boleh tepuk dada dan tanya selera. Jika anda masih banyak alasan, jangan mimpilah nak menjadi trader yang berjaya.

Semua sebab sikap tak sabar. Apa ingat senang ke nak hidup dengan forex trading? Saya lepas 5 tahun dalam bidang ini pun baru rasa, “kenapalah banyak bazir masa dulu tak betul-betul rancang”. Sekarang dah 10 tahun dalam bidang ini. Semua pahit manis dah rasa.

Padahal 10 tahun tu patutnya dah boleh pendekkan mungkin jadi 3 tahun sahaja untuk betul-betul capai tahap sekarang.

# Masa berjalan

Apa jua alasan anda, mahu berubah atau tidak, mahu berjaya atau tidak, masa tetap berjalan. Jadi manfaatkan masa sebaik mungkin. Nak tak nak, kalau anda minat bidang ini, betul-betul belajar. Plan baik-baik. Pastikan anda bukan minat “berjudi” dalam platform forex trading.

#Rahsia Paling Besar

Bersabar! Tangguhkan sifat ingin nak cepat kaya anda. Sabar dan teruskan konsisten disiplin dalam cabaran belajar forex trading. Anda akan berjaya!

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register