Krisis Emerging Market : Negara Mana Paling Berisiko?

0 1,769

Emerging market contagion

Topik ni topik yang hangat, terutamanya di dalam dunia kewangan.

Seperti yang dah dikongsikan sebelum ni, emerging market currency sekarang tengah teruk jatuh. Dengan sebahagian currency jatuh lebih teruk daripada yang lain.

Kita boleh ibaratkan sekarang ni tengah ada dua Liga. Liga 1 dan Liga 2.

Ada 5 currency Emerging Market yang tengah bersaing di dalam Liga 1 sekarang ni, Argentina Peso, Turki Lira, Brazil Real, South Africa Rand dan Russia Ruble. Ini semua currency yang semenjak awal tahun ni, nilai matawang mereka dah jatuh lebih daripada 20%. Malahan dalam kes Argentina Peso, ianya dah jatuh sehingga 100% pun.

Kejatuhan Besar Nilai Matawang Negara Emerging Market

Antara semua emerging market, memang yang tengah paling kritikal sekarang adalah Argentina. Ini disebabkan 70% daripada hutang kerajaan mereka adalah di dalam USD. Bermaksud kalau hutang currency mereka jatuh 100%, maka nilai bayaran hutang mereka pun akan bertambah sebanyak 70%. Which is sangat banyak.

Argentina sekarang sehingga perlu meminta bantuan kewangan daripada IMF

Turki kerajaan mereka tidak berhutang di dalam USD. Tetapi syarikat mereka yang banyak berhutang dalam USD. Nilai hutang syarikat mereka di dalam USD adalah setinggi 40% kepada GDP. Yang mana disebabkan nilai Turki Lira yang jatuh teruk, maka sekaligus risiko syarikat mereka menjadi bankrap pun tinggi.

Brazil jatuh disebabkan politiknya yang tidak stabil. South Africa sedang memasuki recession. Russia kena sanction dengan US dari tahun lepas.

China, Thailand & Malaysia Antara yang Terbaik

Di dalam Liga 2 pula, yang mana kebanyakan emerging market lain di dalamnya, menyaksikan ada dua golongan yang ketara.

Satu golongan yang currency mereka depreciate pada tahap lebih kurang 10% year-to-date. Dan satu lagi golongan yang currency mereka depreciate 5% ke bawah. Hanya 3 negara je, China, Thailand dan Malaysia.

Ada satu persamaan di antara semua currency yang jatuh dalam 10% ini. Mereka semua mengalami twin deficit.

Twin deficit = fiscal deficit + current account deficit.

Bagi aku dia sebenarnya lebih kepada foreign investors dalam fasa memilih negara mana yang diorangebih perlu bawak keluar duit dengan cepat, atas kerisauan currency negara tu akan jatuh lagi banyak.

Maka teori ekonomi konvensional akan mengatakan negara yang berisiko adalah negara yang:

1) mengalami twin deficit
2) mempunyai external reserves yang relatively small

Kenapa twin deficit? Kita ambil contoh India. Diorang bukanlah negara pengeluar minyak sangat jadi mereka banyak import minyak untuk kegunaan tempatan

Jadi bila currency mereka jatuh, mereka masih perlu terus import minyak, tapi nilai India Rupee yang jatuh menjadikan nilai import itu semakin tinggi. Sekaligus menjadikan current account deficit mereka semakin besar.

Bermaksud tanpa perubahan di dalam volume import / export, kejatuhan currency akan menjadikan negara tersebut mengalami current account deficit yang lebih besar, dan itu akan menjadikan currency mereka lebih dipandang sebagai berisiko tinggi.

Antara semua negara emerging market. Hanya Thailand yang menonjol.

Negara yang menjadi sasaran pertama semasa Asian Financial Crisis 1997 dahulu, kini menjadi satu-satunya negara yang matawangnya appreciate untuk 1 bulan yang lepas. Sedangkan currency Emerging market lain semuanya jatuh.

Negara kedua yang menonjol adalah Malaysia.

Cuma kita masih ada sedikit risiko. Pertama trade dan current account surplus kita yang mengecil dengan mendadak disebabkan jatuhnya export LNG dan kelapa sawit

Dan kedua GDP growth QoQ kita semasa 2Q18 yang sangat lemah, selemah 0.3%

Jadi adakah Malaysia semakin berisiko di masa hadapan?

Risiko itu akan kekal ada.. Malahan disebabkan kedudukan Malaysia yang sangat terlibat di dalam perdagangan antarabangsa, maka negara kita pasti terkesan kalau berlaku kelembapan dunia

Satu lagi sebenarnya adalah isu dengan harga minyak.

Antara semua komoditi, ketahuilah hanya harga minyak yang naik harga sejak awal tahun ini. Dan jagung sebab jagung ni substitute kepada minyak (ethanol) . Sedangkan kesemua komoditi lain sedang jatuh. Tak kiralah besi, emas, gas, mahupun soya

Kejatuhan harga komoditi di saat risiko perang perdagangan dunia adalah normal. Malahan kejatuhan currency negara-negara emerging market juga memainkan peranan. Seperti contoh eksport sawit kita ke India jatuh teruk hasil daripada kejatuhan matawang India berbanding Malaysia. Indonesia pula kini sedang merancang untuk mengenakan import tariff setinggi 10%.

Jika berterusan, perdagangan ekonomi dunia akan menjadi lembap. Kapal akan kurang berlayar. Dan permintaan untuk minyak akan JATUH.

Tetapi sekarang ni minyak masih tinggi. Kenapa? Sebab Iran sanction. Yang mana aku dari dulu merasakan market overestimate the impact of the sanction.

Owh ye apa berlaku kalau harga minyak jatuh?

Petronas dividend akan jatuh. Sedangkan buat masa ni kita tengah bergantung kepada dividend Petronas untuk backup kejatuhan hasil kerajaan daripada pemansuhan GST.

Konklusinya?

Bolehlah fikirkan sendiri. Takkan semua nak suap kan haha

Wallahualam.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin Yussof. Sila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa