Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Krisis Politik Australia Menekan Aussie Dolar & Pasaran Saham Australia

Krisis Politik Australia Menekan Aussie Dolar & Pasaran Saham Australia

Setiap ahli Parlimen Australia diberikan tempoh selama dua minggu untuk mengisytiharkan tempat kelahiran ibu/bapa dan datuk/nenek mereka berikutan krisis politik yang disebabkan oleh status kewarganegaraan. Krisis politik ini semakin mengancam kejatuhan kerajaan Australia yang dipimpin oleh Malcolm Turnbull.

Malcolm Turnbull pemimpin Parti Liberal kehilangan majoriti di Parlimen disebabkan krisis kewarganegaraan. Parti Buruh hari ini menggesa 150 ahli parlimen dan 76 ahli Senat di ‘upper house’ menyediakan surat menyurat yang menunjukkan sejarah keluarga mereka selewatnya 1 Disember ini.

John Alexander, 66 adalah ahli Parlimen kerajaan kedua meletak jawatan selepas menjelaskan beliau mempunyai kerakyatan British dari bapanya. Hal ini sebenarnya mengancam kedudukan Turnbull dan memberi risiko kepada agenda kerajaan di masa hadapan.

Sudah tentu hal ini dilihat oleh pelabur sebagai satu lagi ketidaktentuan (uncertainty) dalam pasaran Australia.

Parlimen di Australia berhadapan risiko selepas dua orang Senator dari Parti Green didapati memegang dua kerakyatan.

Perkara tersebut telah menjadikan Parti Turnbull kekurangan satu kerusi majoriti dengan perletakan jawatan Alexander. Alexander dilihat mempunyai peluang besar untuk mendapat semula kerusinya dalam pilihanraya 16 Disember dan Joyce yang memegang kerakyatan New Zealand juga dijangka mendapat semula kerusinya pada pilihanraya 2 Disember.

Isu kewarganegraan ini telah mengalihkan pengundi daripada kerajaan kepada parti Buruh yang semakin mendapat sokongan dalam tinjauan berita yang dijalankan.

Ketua Senat dari Parti Liberal Stephen Parry juga meletak jawatan pada 1 November selepas beliau disahkan warganegara British. Rebekha Sharkie dan Jacqui Lambie juga sedang berkira-kira untuk memastikan sama ada mereka mempunyai dua kewarganegaraan.

“Krisis kewarganegaraan yang meruncing ini dengan ketidaktentuan politik yang semakin meningkat memberi impak negatif kepada pasaran saham Australia dan Aussie Dolar itu sendiri,” kata Shane Oliver ketua pelaburan di AMP Capital Sydney.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!