Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Laporan Keuntungan Daripada Petronas Ini Membimbangkan Pekerjanya!

Laporan Keuntungan Daripada Petronas Ini Membimbangkan Pekerjanya!

Seperti yang kita sedia maklum, harga minyak masih lagi berada dalam keadaan tidak stabil. Secara tidak langsung, ini juga memberi kesan kepada semua syarikat berkaitan minyak mentah termasuklah negara kita sendiri iaitu Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas.

Berdasarkan laporan suku tahun, keuntungan telah jatuh sebanyak 96% akibat harga minyak mentah yang kekal rendah dari tahun lepas. Dalam masa 3 bulan sahaja, pendapatan bersih jatuh sehingga RM348 juta dari RM9.1 bilion tahun lepas. Pendapatan Petronas dengan ini turun sebanyak 21% ataupun RM48.4 bilion.

Buat masa ini keadaan Petronas agak sukar terutama pada awal tahun 2016 akibat harga minyak yang tidak stabli. Sekarang, mereka berterusan berkembang diatas kecekapan operasi yang lebih baik dan pengawalan yang lebih terhadap perbelanjaan operasi.

Selain dari diatas, Petronas juga mengikut jejak langkah syarikat minyak besar dunia yang lain seperti Royal Dutch Shell Plc dalam mengubah struktur perniagaan bagi mengurangkan perbelanjaan yang juga secara tidak langsung mungkin akan membuang lebih kurang 1,000 orang pekerjanya.

Untuk tahun 2014 sahaja, Petronas memiliki 51,000 pekerja. Pemilihan pembuangan pekerja adalah berdasarkan prestasi rendah dan tidak begitu spesifik terhadap mana-mana pihak.

Mahu tambah pendapatan? Klik di sini.

Menurut Wan Zulkiflee iaitu CEO Petronas, untuk jangka masa panjang mereka bercadang untuk mengurangkan modal dan perbelanjaan operasi sebanyak RM20 bilion pada tahun ini dan pengurangan lagi sebanyak RM50 bilion dalam masa 4 tahun akan datang.

Walaupun Petronas menjangkakan keperluan meningkatkan hutang dan penggunaan wang dari rezab wang tunai mereka bagi perbelanjaan dan permbayaran dividen kepada kerajaan, masih belum ada lagi sebarang perancangan untuk debt-raising setakat ini.

Daripada mahu menjadi doktor akhirnya membuka kedai sandwich. Klik di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register