728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Laporan Penurunan Stok Mingguan Memberi Kelegaan Kepada Pasaran Minyak Mentah

Laporan Penurunan Stok Mingguan Memberi Kelegaan Kepada Pasaran Minyak Mentah

Harga minyak turun pada Khamis, namun masih mengekalkan harga di paras yang tertinggi apabila disokong oleh laporan kejatuhan inventori minyak mentah AS.

WTI mentah diniagakan pada $49.54 setong selepas turun sebanyak 29 sen.

Brent juga mencatatkan penurunan sebanyak 30 sen atau 0.6% pada $51.56 setong.

telegram-moshed

Komoditi hitam didagang agak rendah pada hari ini kerana ramai peniaga mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan sewaktu harga menguat dalam sesi sebelum ini.

Harga komoditi ini mencapai tahap tertinggi sejak Jun lalu apabila Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat melaporkan bahawa stok minyak mentah jatuh 3 juta tong minggu lepas kepada 499.74 juta tong.

Pasaran sebelum ini juga diadakan stabil apabila keputusan pembekuan bekalan terus membawa aura positif kepada pasaran.

Satu lagi kejutan dibawakan oleh pasaran minggu ini apabila terus mencatat penurunan output buat minggu ketiga berturut-turut.

Dalam masa yang sama, WTI mentah juga dijangka bakal mencecah angka $50 tidak lama lagi.

Menurut badan Pengurusan Risiko Global dalam laporan suku tahunan yang diterbitkan minggu ini mendapati bahawa secara keseluruhannya minyak mentah kelihatan menuju ke tahap yang lebih tinggi dalam tempoh akan datang.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register