Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Latihan Ketenteraan Korea Selatan-US, Pyongyang Beri Ancaman “Perang Korea Kedua”

Latihan Ketenteraan Korea Selatan-US, Pyongyang Beri Ancaman “Perang Korea Kedua”

Reuters melaporkan, Korea Selatan dan Amerika akan memulakan simulasi latihan ketenteraan berkomputer berikutan tekanan program senjata dari Korea Utara tidak lama lagi. Namun begitu, laporan eksport Korea Selatan yang menghasilkan jutaan dolar mengurangkan kesan risiko terhadap pasaran walaupun ketegangan masih belum reda sepenuhnya.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata latihan bersama yang dikenali sebagai Ulchi Freedom Guardian hanyalah latihan berbentuk pertahanan semata-mata, bukan bertujuan meningkatkan ketengangan di kawasan serantau.

“Tiada niat untuk meningkatkan ketegangan ketenteraan di semenanjung Korea kerana latihan ini diadakan setiap tahun, dan hanya dalam bentuk pertahanan,” kata Moon kepada menteri-menteri kabinet.

Tambah beliau, “Korea Utara di harap tidak mensia-siakan usaha kami untuk mengekalkan keamanan atau memperbesarkan isu melalui provokasi dengan menjadikan latihan ini sebagai alasan”.

Latihan bersama US-Korea Selatan akan bermula 31 Ogos, melibatkan simulasi berkomputer yang direka untuk mempersiapkan diri menghadapi sebarang serangan daripada negara berkebolehan nuklear seperti Korea Utara.

Amerika juga menjelaskan laithan ini sebagai langkah keselamatan, menyangkal kenyataan “penipuan di sebalik topeng” oleh media Korea Utara.

“Latihan ini bertujuan untuk persediaan kepada sebarang perkara besar yang akan berlaku, dan kami perlu melindungi ROK,” kata jurucakap tentera US, Michelle Thomas, merujuk kepada nama lain bagi Korea Selatan, Republic of Korea (ROK).

Korea Utara menganggap latihan tersebut sebagai persediaan untuk menyerang dan memberi amaran “Perang Korea Kedua” jika Amerika dan Korea Selatan tetap meneruskannya. Secara teknikalnya, Korea Utara dan Selatan masih dalam peperangan selepas Perang Korea (1950-53) berakhir dengan genjatan senjata, bukan dengan perjanjian damai.

China, rakan niaga dan juga sekutu Korea Utara juga menggesa Amerika dan Korea Selatan untuk hentikan latihan tersebut. Rusia turut mengeluarkan kenyataan yang sama namun Amerika tetap tidak berganjak dengan pendirian mereka untuk meneruskan latihan.

Menerusi laporan daily news, jurucakap Kementerian Luar Negara China, Hua Chunying menyatakan, “Kami berfikir latihan ketenteraan antara Korea Selatan dan US tidak akan mengurangkan ketengangan dan mensia-siakan usaha yang telah diambil oleh semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut”.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!