banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Isu minyak mentah bukan main-main

Isu minyak mentah bukan main-main

Pada minggu lepas harga minyak mentah didagangkan serendah 5% daripada hargasemasa. Penurunan ketara dapat dilihat pada hari khamis lalu namun pada minggu ini pasaran minyak mentah dalam keadaan bullish sehinggalah berlakunya “take profit” pada hari ini.

Minyak mentah dari segi jangka masa panjang dilihat masih berada dalam keadaan bearish dan keadaan ini dilihat berpanjangan akibat pengeluaran minyak mentah yang berlebihan.

Oil3Ini dilaporkan oleh crude oil inventories minggu lepas yang menunjukkan demand yang berkurang iaitu sebanyak -2.223M, melebihi daripada yang dijangkakan (-2.250M).

telegram-moshed

Data ini menunjukkan bahawa lebihan minyak mentah merupakan salah satu masalah besar yang disembunyikan yag memberi kesan kepada ekonomi global.

Lebihan Minyak Di Amerika Syarikat

Jumlah rakyat Amerika Syarikat yang mempunyai kenderaan yang tinggi dan apabila tibanya musim panas, kebanyakan daripada mereka akan keluar berkenderaan.

Walaubagaimanapun jumlah kereta di atas jalan raya yang banyak itu pun tidak menyelesaikan masalah lebihan minyak.

Oil

Klik foto untuk zoom in

Kapal Tangki Minyak Mentah Berlebihan

Foto daripada Reuters ini menunjukkan lebihan minyak mentah yang dibawa dengan kapal tangki minyak di dunia.

Anak panah kecil menunjukkan kesesakan di laluan kapal tangki minyak terutama di Teluk Parsi dan China.

Kesesakan paling teruk boleh dilihat di sekitar pelabuhan Singapura, yang mana gambar-gambar telah menunjukkan betapa banyaknya kapal-kapal tangki minyak yang sedang menanti untuk memasuki pelabuhan Asia termasuk Malaysia.

Oil2

Klik foto untuk zoom in

Antara sebab kesesakan ini adalah kerana penyimpanan minyak mentah di dalam kapal tangki minyak adalah lebih murah dan pemilik minyak mentah biasanya akan menunggu harga minyak meningkat, barulah akan dipunggah naik ke pelabuhan.

Propaganda & Isu Lebihan Minyak Mentah

Peristiwa global yang berlaku di Nigeria, Canada, Libya dan Iran adalah antara yang membantu menyembunyikan masalah lebihan minyak mentah ini.

Organisasi pengganas di Nigeria, The Niger Delta Avengers telah memusnahkan infrastruktur minyak Nigeria namun tidak cukup teruk untuk merendahkan jumlah lebihan minyak.

Manakala di kebakaran yang berlaku di Alberta, Canada telah menyebabkan penutupan pengeluaran namun hanya untuk sementara setelah api dipadamkan.

Di Libya pula, konflik antara pengeluar minyak menyebabkan penggantungan eksport minyak mentah untuk beberapa minggu.

Berita kemungkinan pekerja minyak akan mogok di Norway dan Kuwait juga dilihat hanya bersifat sementara.

Spekulasi dan peristiwa yang berlaku sedikit sebanyak menolak harga minyak naik namun masih tidak cukup untuk mengurangkan lebihan minyak mentah.

China “teapot”

Dilaporkan jumlah “teapot” China iaitu kilang penapis sendiri, menapis jumlah minyak mentah yang semakin sedikit.

Kesimpulan

Penganalisa melihat harga minyak masih lagi akan meneruskan junaman selagi masalah lebihan minyak ini tidak diselesaikan dengan segera.

Jika ada isu geopolitik, pekerja dan alam sekitar yang ketara, ia mungkin mampu menaikkan harga minyak mentah lebih tinggi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register